Sultan Perak Yang Baru


Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!!

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Pertabalan Sultan Perak Yang Ke-35 

7 Peringatan Sultan Azlan Shah


Pertama: Berpegang kepada prinsip ketuhanan, menginsafi kebesaran Yang Maha Mencipta berbanding kedaifan insan bertaraf hamba dengan memperlihatkan sifat-sifat tawaduk, kemanusiaan, serta kasih sayang sesama insan di samping tidak melakukan kezaliman sesama makhluk dan tidak melakukan kemusnahan kepada alam ciptaan Ilahi.

Kedua: Menyedari bahawa setiap nikmat adalah anugerah Ilahi; setiap insan wajib mengamalkan sifat bersyukur agar dikurniakan nikmat lebih besar, di samping menerima ujian dengan penuh ketabahan selaras dengan maksud ayat 17 Surah Al AnAam;

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepada mu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri, dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepada mu, maka Dia Maha Kuasa atas setiap sesuatu"

Ketiga: Pangkat dan jawatan adalah anugerah Ilahi dan hendaklah dipenuhi dengan penuh amanah, senantiasa mengingati akauntabiliti kepada rakyat begitu juga akauntabiliti ketika diadili di mahkamah Rabbuljalil di Padang Mahsyar selaras dengan peringatan yang terkandung dalam ayat 9 Surah Ali Imran bermaksud;

Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya". Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji".

Keempat: Negeri Perak dan negara Malaysia telah dilimpahkan dengan nikmat kekayaan sumber dan hendaklah diuruskan secara cekap, jujur, telus lagi berintegriti, menjauhi amalan-amalan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran agar negeri dapat dimakmurkan dan kehidupan majoriti rakyat dapat disejahterakan.

Kelima: Perpaduan rakyat hendaklah sentiasa diutamakan dan tidak boleh dikompromikan. Perpaduan rakyat adalah asas kekuatan negara yang telah memungkinkan kemerdekaan dicapai, ancaman komunis dimusnahkan, kemajuan dicipta serta kemerdekaan tanah air dapat dipertahankan. Bahawa rakyat di negara ini terdiri dari pelbagai kaum, mengamalkan pelbagai agama, berlatar belakangkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

Kepelbagaian tersebut adalah aset negara jika rakyat berjaya dibimbing untuk berfikiran rasional, mengamalkan sikap saling memahami - saling menghormati, serta tidak mudah dipengaruhi dengan sentimen yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang berfikiran sempit lalu memilih untuk mengadu domba rakyat untuk berkonflik secara mensensasikan isu-isu agama, kaum, budaya dan bahasa. Baginda yakin majoriti rakyat bersifat rasional lagi bertanggungjawab; bahawa majoriti rakyat menghargai suasana hidup yang aman, harmoni lagi rukun.

Keenam: Mengamalkan pemerintahan yang berlandaskan undang-undang (rule of law). Undang-undang tidak sahaja perlu digubal tetapi lebih penting untuk dihormati, dikuatkuasakan secara adil - secara saksama, malah dipastikan kelihatan dilaksanakan secara adil - secara saksama, tanpa prejudis - tanpa diskriminasi melalui amalan kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan berlandaskan prinsip tanpa gentar - tanpa pilih kasih (without fear or favour).

Ketujuh: Takhta pemerintahan menyempurnakan amanah berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan, berfungsi sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Raja Pemerintah wajib mengamalkan dan mempamerkan sifat tidak memihak - tidak partisan - tidak berkepentingan demi menjamin berlakunya keadilan, membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan institusi-institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman, lantas meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan amalan demokrasi - berakarkan doktrin pengasingan kuasa.



Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan


Innalillahiwainnailaihirrajiun...Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah...Semoga Allah merahmati Roh Baginda Dan Diletakkan Bersama Orang-Orang Yang Beriman..Al-Fatihah

* Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Perak jam 3.45 petang tadi(28/5/2014)..

* Tempoh berkabung 100 hari diumum untuk seluruh negeri perak..

* Almarhum disemayamkan di Balairong Seri , Istana Iskandariah , Kuala Kangsar...

* Almarhum akan dimakamkan Di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar...

* Rakyat boleh memberi penghormatan terakhir pada jam 11 pagi - 2 petang...

* Bendera Negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini (28 Mei 2014/Rabu) manakala Bendera Malaysia pula akan dikibarkan separuh tiang selama 7 hari sahaja. 

* Sepanjang tempoh perkabungan 7 hari tersebut semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan
 


Lawak : Cerita Kedai Kopi : GST


ebai Malang: "Belalang,kau ada buka Pesbuk tak semalam?

Pak Belalang: "Ada je, kenapa?"

Lebai Malang: "Aku baca kenyataan Pegawai KPJ Healthcare,katanya kos perubatan akan meningkat selepas GST,ish tak boleh jadi ni!"

Pak Belalang: "Alahai lebai,selama ini kau kalau sakit pergi Hospital Tawakkal ke? Ke Prince Court?"

Lebai Malang: "Jangan lah perli aku Belalang,mana la aku mampu gi hospital swasta macam itu"

Pak Belalang: "Haa... tahu pun.Kenyataan dia tu tak salah,tapi GST hanya dikenakan pada Pusat Perubatan Swasta.

Kalau setakat sakit sikit-sikit
berkadarlah dengan kemampuan kita,pergi hospital gomen baru bayar seringgit je"

Lebai Malang: "Alah,hospital gomen servis bukan bagus pun!"

Pak Belalang: "Memang bukan yang terbaik dan kita harapkan ada peningkatan,tapi apa yang kita bayar tu tersangat kurang berbanding apa yang dah disubsidi,kalau banyak sangat tak puas hati,bayar sendiri,boleh?

Lebai Malang: " Errr......"

Pak Belalang: " Hai lah lebai....gitulah selalu,cakap besar tapi apa pun tak ada,haihhhh!"

KEPIMPINAN RAKYAT - KOMUNISME: IDEOLOGI YANG TERBAIK



Dalam propaganda “Dunia Sempurna”, semua orang akan mendapat makanan dan tempat tinggal, dan segala aspek masyarakat utopia tanpa diskriminasi jantina (seksisme), kaum (rasisme) dan apa-apa jua bentuk penindasan. Tetapi secara zahirnya, “Dunia Sempurna” sebenarnya tidak mampu dibentuk. Jadi, komunisme merupakan cadangan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.

Semua orang tahu intisari-intisari komunisme berkenaan dengan perkara-perkara asasnya. Secara mudahnya, komunisme merupakan idea dimana semua orang dalam sebuah masyarakat akan diberi bahagian yang sama daripada keuntungan-keuntungan yang diperolehi daripada tenaga buruh. Komunisme dicipta untuk membenarkan rakyat yang miskin untuk bangkit dan mencapai status sosioekonomi yang sama dengan kelas pertengahan.

Untuk memastikan semua orang mendapat persamaan secara saksama, kekayaan akan dibahagi semula agar golongan kelas atasan akan diturunkan kepada paras sosioekonomi yang dimiliki oleh yang golongan kelas tengah.

Komunisme meletakkan segala jenis pembuatan akan dikawal oleh kerajaan. Ertinya, tiada siapa boleh memiliki perniagaannya dan membuat barangan sendirinya kerana kerajaan yang memiliki segala-galanya.

Frederick Engels meletakkan bahawa prinsip ini sepatutnya diselaraskan di setiap negara sehinggalah seluruh dunia ini berada dibawah panji tukul dan sabit. Sudah tentunya matlamat ini akan memastikan dunia-dunia kapitalis untuk mengawasi jejak langkah musuh ketat mereka ini.

Persoalan utamanya, kenapa budaya-budaya bukan komunis memandang golongan komunis sebagai radikal?

A. Teori-Teori Komunis

Prinsip sosialisme yang membentuk kebangkitan kepada komunisme telah wujud di dalam zarah manusia selama beratus tahun lamanya. Ada yang mengatakan komunisme telah wujud dalam Kitab Suci Bibel sendiri. Tetapi ramai orang menyangka bahawa ahli falsafah Jerman yang bernama Karl Marx yang menciptanya.

Karl Marx, juga dikenali sebagai Bapa Komunisme, menulis bukunya, Manifest der Kommunistischen Partei (Manifesto of the Communist Party), atau lebih popular dikenali sebagai, the Communist Manifesto (Manifesto Komunis), pada tahun 1848. Buku inilah yang melahirkan inspirasi dalam pembentukan Parti-Parti Komunis yang lain. Dari sinilah Komunisme juga dikenali sebagai “Marxisme”.

Kepercayaan Karl Marx tentang masyarakat utopia semestinya tidak mempunyai sebarang kelas (classless) atau kerajaan (stateless). Idea utama beliau adalah mudah: bebaskan kelas rendah daripada kemiskinan dan beri peluang untuk yang miskin bertarung dalam kehidupan.

Perlaksaaannya adalah kerajaan semestinya mengawal semua pengeluaran dan pembuatan supaya tiada siapa boleh menghalang kekayaan orang lain. Malangnya, idea ini memang susah untuk dilaksanakan.

Beliau menyusun tiga fasa yang diperlukan untuk mencapai idea utopia:
• Fasa 1: sebuah revolusi mesti dibuat untuk menghancurkan kerajaan sedia ada sehingga segala sistem-sistemnya telah tiada;
• Fasa 2: seorang diktator atau ketua elit mesti menguasai golongan proletariat (pekerja) secara mutlak. Dalam fasa ini, penguasaan kerajaan baru ke atas rakyat biasa semestinya secara total – pendidikan, agama, pekerjaan dan juga perkahwinan akan ditentukan oleh pemimpin. Dengan kata mudah, pemimpin ini merupakan tuhan kepada masyarakat tersebut.
• Fasa 3: Pencapaian utopia. Untuk mencapai fasa ini, semua golongan yang bukan komunis perlu dihapuskan, dan Parti Komunis yang memegang kepimpinan secara mutlak. Fasa ini tidak pernah dicapai.

Dalam utopia ini, semua orang akan berkongsi kekayaan dan hartanah dengan aman dan hidup bebas daripada apa-apa jua halangan-halangan. Penguasaan mutlak barisan kepimpinan akan diteruskan untuk mengelakkan kemunculan semula sistem berkelas.

Konsep Karl Marx mengimarahkan 10 hukum komunisme, iaitu:

• Sistem perbankan pusat;
• Pendidikan yang dikawal kerajaan;
• Tenaga buruh yang dikawal kerajaan;
• Kerajaan memiliki kenderaan-kenderaan pengangkutan dan komunikasi;
• Kerajaan memiliki segala aspek pertanian dan perkilangan;
• Penghapusan hartanah peribadi;
• Perampasan hak-hak hartanah peribadi;
• Cukai pendapatan yang tinggi kepada semua;
• Penghapusan sistem wasiat;
• Perancangan secara wilayah.

Dalam masyarakat komunis yang diterangkan oleh Karl Marx, kerajaan yang memiliki bidang kuasa tertinggi tanpa apa-apa had untuk menguasai tanah dan pengeluaran negara. Oleh kerana kerajaan membahagikan tanah dan hartanah antara rakyat, komunisme telah membentuk sebuah asas sama rata secara ekonomi dan sosial.

Sistem ini memang berkesan secara teori. Tetapi, secara praktikal, berkesankah ia?
B. Pembentukan Republik Komunisme Pertama

Rusia merupakan negara monarki tsaris ketika falsafah-falsafah komunisme mula bangkit di negara terbesar dunia itu. Pada penghujungnya, dunia berada dalam keadaan yang tidak stabil di saat-saat sebelum ledaknya Perang Dunia Pertama.

Kerajaan Rusia cuba mengelak kemasukan negara mereka ke arah demokrasi. Ketika Tsar Nikolai II dan keluarganya sedang hidup bahagia dengan kekayaan kini dijangka menjangkau AS$250bilion, rakyat-rakyat kelas bawahan telah lama sengsara dengan kemiskinan. Dua faktor ini, termasuk juga kekalahan pada Jepun dalam Perang Russia-Jepun, dan penghancuran teruk ketika Perang Dunia Pertama, telah mencalarkan imej Tsar Nikolai II.

Sebenarnya Rusia dibawah Tentera Bersekutu menang Perang Dunia Pertama. Tetapi, Rusia dibawah Rusia sendiri tewas dengan teruknya.

Februari 1917 merupakan masa yang sangat sesuai untuk melihat keadaan Empayar Rusia – kehilangan nyawa yang teruk, dan juga masalah kebuluran yang melanda seluruh negara. Apabila kilang besi logam ditutup, menyebabkan hilangnya banyak pekerjaan, rakyat-rakyat Rusia mula bangkit dengan mogok dan demonstrasi.

Pihak tentera telah dihantar untuk mengawal keadaan, tetapi malang buat Tsar Nikolai II, seramai 150,000 tentera menyertai demonstrasi yang sangat besar ini. Pada hari ini, demonstrasi ini dikenali sebagai Revolusi Februari 1917 yang menyebabkan Tsar Nikolai II menyerahkan takhta baginda.

Bidangkuasa negara telah diserahkan kepada Kerajaan Sementara Rusia. Pada Julai 1918, pihak Parti Bolshevik telah membunuh Tsar Nikolai II dan kaum keluarganya, termasuk keempa-empat puteri-puterinya dan puteranya yang seorang. Lingkungan usia mereka hanya antara 13-22 tahun.

C. Revolusi Bolshevik dan Vladimir Lenin

Vladimir Lenin merupakan jerung yang memainkan peranan penting dalam perancangan-perancangan anti-tsar Rusia. Apabila beliau mendengar tentang kebangkitan rakyat di Rusia, Vladimir Lenin membentuk sebuah perjanjian dengan Jerman. Dan Jerman setuju untuk menghantar beliau ke Petrograd secara rahsia, dan sebagai balasan, beliau akan keluarkan Rusia daripada Perang Dunia Pertama.

Seorang lagi jerung, Leon Trotsky, yang merupakan ketua revolusi telah kembali ke Rusia dari Amerika Syarikat untuk bertindak sebagai orang kanan Vladimir Lenin.

Oleh kerana Kerajaan Sementara Rusia menyokong usaha-usaha peperangan, keyakinan rakyat berubah kepada Pihak Bolshevik, yang tidak setuju dengan peperangan. Apabila sebuah revolusi meledak, Pihak Bolshevik menggunakan momentum ini untuk menumbangkan kerajaan sementara. Dan berpegang kepada janji beliau, Vladimir Lenin mengeluarkan Rusia daripada peperangan.

Untuk meyakinkan rakyat, Vladimir Lenin meraih sokongan dengan slogan-slogan propaganda seperti, “Makanan, Tanah, Keaman dan Semua Kuasa kepada Majlis (Soviet)”, yang kena tepat kepada rakyat-rakyat yang sedang berkebuluran.

Tetapi ianya tidak cukup. Vladimir Lenin dan Parti Bolshevik hanya berjaya mendapat 23.5% undian, tewas kepada Viktor Chernov dan Socialist Revolutionary Party, yang mendapat 41.0%. Vladimir Lenin tidak mahu mengaku kalah, lalu menghantar tentera-tenteranya untuk menghalang semua mesyuarat yang menyekat kebebasan bersuara rakyat Rusia.

Setahun kemudian, Parti Bolshevik telah diubah menjadi Parti Komunis. Vladimir Lenin dan penguasa-penguasa komunis beliau memulakan ideologi-ideologi Karl Marx dan 10 Hukum Marx yang dikatakan tadi, memulakan Perang Saudara Rusia daripada 1918 hingga 1922. Menurut Joseph Stalin dalam ucapannya pada tahun 1941, pembentukan Red Army merupakan punca Parti Komunis mendapat kemenangan yang diperlukan.

Apabila tamatnya Perang Saudara ini, Kesatuan Soviet berjaya dibentuk – atau dikenali sebagai Kesatuan Republik-Republik Sosialis Soviet, K.R.S.S., yang memegang Rusia dan 15 negara-negara jirannya.

Vladimir Lenin tahu bahawa golongan kelas atasan tidak akan menyerahkan tanah dan kekayaan begitu sahaja. Pada tahun 1921, beliau membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB-R) untuk menggubal semula pembahagian tanah – merampaskannya daripada golongan bangsawan dan memberikannya kepada golongan miskin. Masih lagi sedang menguatkuasakan dasar-dasar Karl Marx, Vladimir Lenin memulakan kempen Red Terror: pembunuhan beramai-ramai, penyiksaan dan penindasan, melalui:

• Kebuluran buatan – Vladimir Lenin memaksa rakyat-rakyat biasa menjual hasil tanaman mereka tanpa keuntungan dengan rasional beliau memerlukan tanaman mereka untuk tujuan ketenteraan. Rakyat berasa terlalu marah sehingga mereka mengurangkan pengeluaran tanaman yang membunuh jutaan nyawa.
• Kem-Kem Buruh – Vladimir Lenin akan menghantar sesiapa sahaja yang tidak setuju dengan kepimpinan beliau untuk bekerja di kem-kem ini.
• Pembunuhan Pengkritik – Ketika Red Terror, beratus-ratus ribuan pengkritik telah dibunuh secara beramai-ramai. Antaranya ialah, rakyat-rakyat kelas tengah, tahanan-tahanan peperangan, sosialis-sosialis, penyokong-penyokong monarki tsaris dan juga rakyat-rakyat yang tidak bersalah.

Tekanan-tekanan mental daripada revolusi, kepimpinan, dan perang saudara telah memberi impak yang besar kepada kesihatan Vladimir Lenin. Beliau juga ditembak di bahagian leher, tetapi berjaya diselamatkan setelah seorang pakar bedah Jerman mengeluarkan peluru tersebut. Vladimir Lenin juga sentiasa bekerja lebih masa di setiap hari.

Kesihatannya bertambah teruk sehinggalah beliau terkena strok pertama, yang membekukan lidah beliau selama beberapa minggu. Sebulan kemudian, beliau kembali bekerja sebagai Ketua Kerajaan negaranya, tetapi pada bulan Disember 1922, beliau terkena satu lagi strok yang melumpuhkan bahagian kanan beliau. Dan tiga bulan kemudiannya, beliau diserang strok ketiga, yang membisukan dan melumpuhkan secara keseluruhan sehinggalah beliau mati.

Tetapi kematian Vladimir Lenin tidak menghentikan kekejaman Komunisme.

D. Pemerintahan Joseph Stalin dan Diktator-Diktator Selepasnya

Jika anda sangka Vladimir Lenin merupakan orang yang paling kejam, anda salah.

Apabila Vladimir Lenin mati pada tahun 1924, Joseph Stalin telah berjaya menguasai Parti Komunis K.R.S.S., dan memulakan sasaran beliau ke atas rakan-rakan komunis beliau sendiri. Joseph Stalin berpendapat bahawa sesiapa yang tidak menyokong beliau secara mutlak adalah musuh.

Beliau membasmikan ramai ahli-ahli Parti Komunis atas alasan jenayah, termasuk pengkhianatan, penyelewengan-penyelewengan politik dan pengintipan. Hampir semua rakan-rakan Bolshevik beliau telah diarahkan supaya dibunuh… termasuklah Leon Trotsky, orang kanan Vladimir Lenin.

Joseph Stalin menggunakan teknik-teknik keganasan Vladimir Lenin dengan cara yang lebih drastic. Vladimir Lenin sekadar membiarkan rakyatnya mati kelaparan, tetapi Joseph Stlain menggunakan perkara tersebut untuk meneruskan impian-impian politiknya. Beliau merampas kembali tanah-tanah yang Vladimir Lenin telah berikan kepada rakyat-rakyat biasa melalui DEB-R.

Dasar-dasar Kolektivisasi yang digunakan oleh beliau atas tujuan penggabungan sektor pertanian telah menyebabkan kejatuhan pengeluaran dalam industri tanaman. Kebuluran yang melanda telah meragut jutaan nyawa, dan ketika Great Terror of 1936-1939, Joseph Stalin telah mengarahkan jutaan lagi untuk dibunuh.

Hasrat beliau adalah untuk membawa komunisme ke seluruh dunia. Beliau memulakan dasar-dasar industrialisasi di K.R.S.S. dengan pembinaan berbagai-bagai kilang di kawasan-kawasan yang strategic agar tidak akan diserang musuh. Dengan sekelip mata, ekonomi Rusia berkembang pesat dan melepasi negara-negara lain dalam sektor industri.

Beberapa diktator-diktator lain muncul selepas kematian Joseph Stalin, seperti Nikita Khrushcev dan Leonid Brezhnev. Pembunuhan rakyat masih lagi diteruskan.
Daripada tahun 1953 hingga 1991, rakyat-rakyat K.R.S.S. dibunuh atas alasan kesalahan politik, dan tahun 1980-an menyaksikan kem-kem buruh yang ditubuhkan oleh Vladimir Lenin masih lagi menempatkan pengkritik-pengkritik negara.

Dengan kekejaman yang berterusan, dunia membentuk sebuah kunci untuk meruntuhkan K.R.S.S. ini.

E. The Fall of the Soviet Union

Kunci tersebut adalah Perang Dingin yang meruntuhkan Kesatuan Soviet secara keseluruhan, tetapi mengambil masa hampir setengah abad untuk menjayakannya.

Pada tahun 1945, Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat memulakan peperangan berdasarkan ayat dan ketakutan. Penentang-penentang komunisme berkata tujuan Perang Dingin adalah untuk mengawal komunisme dan mengelakkan konflik nuklear. Tetapi Kesatuan Soviet pula mempunyai tujuan untuk menyebarkan syiar komunisme ke Amerika Syarikat.

Kedua-dua negara besar ini bertikam lidah atas perbezaan politik, kebudayaan dan ekonomi. Amerika Syarikat mula membina teknologi-teknologi persenjataan, Strategic Triad, yang diperlukan kalau berlakunya peperangan: pengebom-pengebom jarak jauh, kapal-kapal selam, dan misil-misil darat, memulakan perlumbaan persenjataan-persenjataan nuklear, dimana kedua-dua kerajaan mengumpulkan senjata-senjata nuklear untuk memastikan kerajaan sebelah sana tidak mendapatkannya.

Pada tahun-tahun 1950-an, Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat memulakan perlumbaan angkasa pula. Kedua-dua negara mahu menguasai liang angkasa untuk penguatkuasaan ketenteraan dan pertahanan yang paling utama. Dan perlumbaan ini yang menekankan lagi persaingan yang sangat giat antara dua-dua negara.

Kesatuan Soviet menang perlumbaan ini dengan pelancaran Sputnik ke orbit pada Oktober 4, 1957. Tetapi Amerika Syarikat pula membalas dengan pendaratan manusia di permukaan Bulan, dimana mereka kemudian menyiarkan rakaman yang diambil di Bumi untuk menyimpan rahsia-rahsia yang mereka dapat dari Bulan.

Ketegangan-ketegangan Perang Dingin tidak tertakluk kepada perlumbaan sahaja. Dua peperangan besar bermula antara blok-blok pengaruh kapitalis dan republik-republik komunis – Perang Vietnam dan Perang Korea.

Pencerobohan Bay of Pigs di Cuba, dan Krisis Misil Cuba, turut menambahkan lagi ketegangan pada ketika itu. Krisis dengan Cuba telah menggugat kestabilan dunia apabila Amerika Syarikat telah mengisytiharkan DEFCON-2 buat kali pertama.

Tetapi perlumbaan-perlumbaan ini mengakibatkan ketiadaan pertumbuhan dalam ekonomi Kesatuan Soviet. Apabila Mikhail Gorbachev naik ke tampuk pemerintahan Parti Komunis pada tahun 1985, beliau mula membentuk perubahan. Objektif-objektif beliau: menghidupkan semula ekonomi, dan menambahkan lebih banyak pembentukan ekonomi.

Beliau bekerjasama dengan Ronald Reagan dan Kerajaan Amerika Syarikat untuk mengurangkan ketegangan selama ini, dan hubungan dua-hala antara dua negara ini mula bertambah baik secara mendadak.

Pada tahun 1989, Mikhail Gorbachev dan George H.W. Bush telah mengisytiharkan tamat kepada Perang Dingin. Tahun yang sama menghancurkan blok komunisme di Jerman Timur dengan peruntuhan Dinding Berlin, dan penghancuran-penghancuran kerajaan-kerajaan komunis di Czechoslovakia, Romania dan Bulgaria.

Tetapi apa yang dipersoalkan adalah kepintaran Mikhail Gorbachev samaada beliau tahu atau tidak beliau sedang diperbodohkan. Agak mengelirukan apabila beliau mula memanggil “comrade” kepada Setiausaha Luar Negara, Amerika Syarikat. Dan setiausaha komunis yang berkuasa di Moscow pula menjemput Duta Besar Amerika Syarikat ke rumahnya untuk bertukar-tukar pendapat dan gosip tentang perkembangan dunia.

Tidak lama kemudian, muncul seorang ahli politik dalam Rusia yang akan meruntuhkan Kesatuan Soviet pula – Boris Yeltsin. Pada hari terakhir Kesatuan Soviet sebelum Mikhail Gorbachev meletakkan jawatan beliau, ramai orang dalam Moscow menyaksikan satu perkara yang pelik berlaku di dalam Kremlin – kemunculan ahli-ahli ekonomi IMF yang sedang berbincang dengan pembuat-pembuat dasar Rusia (Russian policymakers) tentang halatuju Rusia.

Pada tahun 1990, Boris Yeltsin telah menjadi Presiden, dan Kesatuan Soviet telah ditamaatkan pada Disember 25, 1991, berpecahkan kepada pelbagai republik: Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgystan, Latvia, Lithuania, Moldova, Persekutuan Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan. Republik-republik ini dipimpin dengan kerajaan dan kedaulatan sendirinya.

Kejatuhan Kesatuan Soviet memulakan kesan domino kepada negara-negara komunis yang lain. Parti Komunis Malaya telah menerima kenyataan pahit bahawa hasrat mereka untuk membentuk republik komunis di Malaysia tidak dapat dijayakan memandangkan pertumbuhan ekonomi dan sosioekonomi dibawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sedang bertambah baik pada setiap tahun.

F. Penyebaran Komunisme

Komunisme sebenarnya tidak disimpan dalam Kesatuan Soviet sahaja. Seperti diwartakan oleh Karl Marx, hukum-hukum komunisme perlu sebar ke seluruh dunia untuk membentuk utopia. Beberapa negara telah menerima fahaman ini untuk menjayakan impian utopia, termasuk:

• Negara-negara Perjanjian Warsaw: Albania, Bulgaria, Czechoslovakia, Romania, Poland dan Hungary (negara komunis daripada 1945 hingga 1991). Perjanjian Warsaw ini adalah hasil tandatangan negara-negara diatas dengan Rusia yang mempersetujui bahawa mereka akan membantu antara satu sama lain dari segi ketenteraan apabila diserang negara lain.
• Yugoslavia (1945 - 1992)
• Vietnam Utara (1954 - 1976, walaupun masih lagi komunis selepas gabungan seluruh Vietnam)
• Yemen (1969 - 1990)
• Somalia (1969 - 1991)
• Kemboja (1975 -1989)

Semua kerajaan-kerajaan komunis musnah, kecuali Vietnam, ketika pembubaran Kesatuan Soviet. Tetapi, komunisme wujud di Amerika Syarikat hingga hari ini.

Parti Komunis Amerika Syarikat sedang beroperasi dalam pilihanraya-pilihanraya kawasan di Amerika Syarikat. Dan kumpulan ini juga menyokong salah seorang daripada calon Presiden pada tahun 1984. Ideologi mereka adalah menghentikan pengeksploitan dan penindasan kapitalisme.

Negara-negara komunis pada hari ini:
• China, sejak 1949;
• Cuba, sejak 1959;
• Vietnam, sejak 1976;
• Korea Utara, sejak 1948;
• Laos, sejak 1975.

Kini, China merupakan gagasan perdana bagi komunisme. Mao Zedong, diktator China, telah menggunakan taktik-taktik Joseph Stalin untuk membentuk kerajaan komunis di China. Selain daripada kem-kem pembunuhan yang telah dibentuk, Mao Zedong juga membentuk sebuah rancangan, Great Leap Forward, yang mengutamakan dasar kolektivisme dalam sektor pertanian.

Mao Zedong merampas banyak hartanah-hartanah rakyat dan memulakan industrialisasi-industrial
isasi secara besar-besaran yang meragut nyawa 16.5juta-40juta rakyat Cina dari tahun 1957-1961. Seperti Stalin, beliau juga membunuh ramai ahli-ahli partinya.
China juga mengutamakan sektor-sektor kapitalisme yang membentuk ekonomi mereka dalam industri pembuatan, seperti barang mainan, perkakasan perumahan, elektronik dan sebagainya. Tetapi kerajaannya masih lagi bersifat diktator.

China berjanji untuk memperbaharui kualiti-kualiti hak asasi manusia untuk Olimpik 2008 di Beijing, tetapi kerajannya masih lagi sedang membunuh tahanan-tahanan dan banduan-banduan mengalahkan negara-negara lain.

G. Konklusi

Bekas republik-republik komunis pada hari ini seperti Persekutuan Rusia sebagai contoh telah berjaya dibentuk dengan baik oleh Vladimir Putin, sebagai Presiden, dan Dmitry Medvedev, sebagai Pengerusi Kerajaan. Dasar-dasar liberalisasi Boris Yeltsin telah memakan diri apabila ekonomi Persekutuan Rusia musnah pada tahun 1998, yang menyebabkan perletakan jawatan beliau.

Pada hari ini, Persekutuan Rusia telah pulih daripada Kemelesatan 2008 lebih awal daripada negara-negara lain.

Republik Uzbekistan sendiri sedang mula bangkit secara perlahan-lahan dengan bentuk ekonomi tersendirinya, sehingga ianya kebal daripada Kemelesetan 2008.

Komunisme merupakan ideologi yang terbaik… bagi pihak-pihak yang mengimpikan kezaliman sahaja.

Memandangkan bekas republik-republik komunis sedang maju dengan cara pentadbiran mereka yang tersendiri, mampukah Komunisme membuat kebangkitan semula?

Komunisme sememangnya merupakan kepimpinan rakyat. Tetapi, adakah benar rakyat yang akan memimpin negara?

-- AFDS --
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...