Puasa Sunat Hari Arafah


Assalammuailaikum

Esok hari khamis (25/10/12) bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1433H merupakan Wukuf di Padang Arafah....Esok juga pakat ramai-ramai kita Berpuasa Sunat Hari Arafah....Nabila nak ceritakan sikit pasal Puasa Sunat Hari Arafah ni...
 
Hari Arafah ialah hari kesembilan zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi S.A.W bersabda, " Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari Hari Arafah" ( Riwayat Imam Muslim ).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah Hadis dari Abu Qatadah r.a yang menceritakan ; Nabi S.A.W ditanya  tentang puasa Hari Arafah. Baginda bersabda, " ( Puasa hari itu ) dapat menghapus dosa tahun lalu dan dosa akan datang " ( Riwayat Imam Muslim).


Puasa Sunat Hari Arafah ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji... Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut.... Terdapat tegahan dari Nabi S.A.W sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a , " Sesungguhnya Nabi S.A.W menegah dari berpuasa pada Hari Arafah bagi jemaah haji yang berada di Arafah". ( Riwayat Imam Abu Daud , Ahmad , Ibnu Majah dan Al-Hakim )...
 
" Selamat Berpuasa Sunat Hari Arafah "
 
 
 

No comments:

Post a Comment

~ Assalammuailaikum ~

~ Dah Baca Entry?? ~

~ Kalau Dah Baca...Komen La Banyak-Banyak Yer ~

~ Terima Kasih ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...