Seorang Ibu Menjadi Peminta Sedekah


Assalammuailaikum Blogger...Hari ini nabila nak story mory sikit la...Semalam ( 21/10/2012) selepas balik dari kuliah bulanan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz di Perkarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak singgah sekejap makan di Kosiswa..Meja yang tempat kami duduk telah  didatangi seorang ibu yang sedang meminta sedekah...Selepas ibu tersebut beredar, kawan mama saya pun bagitahu yang si ibu ni ada anak...pastu ada cucu lagi..Ibu tersebut tinggal di bla bla bla...cucunya sekolah di bla bla bla....Pastu dalam beberapa minit kawan mama pun tunjuk jari ke arah seberang jalan..Terlihat ibu yang meminta sedekah tadi bersama dengan anak dan cucunya...Nabila teka mesti anaknya ambil apabila sudah selesai ibunya meminta sedekah....Memang tepat tekaan nabila....Ibu tersebut naik motor bersama anak dan cucunya dan beredar dari situ....

Dalam hati nabila, " Astagfirullah Hal Azim , sanggup si anak tadi membiarkan ibunya meminta sedekah....Takde belas kasihan langsung...Apa nak jadi kat si anak tu....Macamtu ke cara nak balas jasa ibu yang telah mengandungkan dia selama 9 bulan dan menahan sakit semasa nak bersalinkan dia dengan membiarkan ibunya meminta sedekah....Derhaka perbuatan si anak tu....Kita sebagai seorang anak sepatutnya menyenangkan kedua orang tua kita bukan menyusahkan mereka...Tak patut...Sangat..sangat tak patut si anak tersebut membuat ibunya macamtu....."


P/s : Ingat syurga kita adalah di telapak kaki ibu....Kita mesti ingat keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu bapa..Ingat! derhaka kepada ibu bapa merupakan dosa besar....Baik kita meminta maaf kepada mereka selagi mereka masih hidup.....


✦   Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654

✦   “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” – al-Nisaa’ (4) : 36

✦   “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya  dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).

✦   “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 255]


✦   Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
          Baginda menjawab: “Ayah kamu.”





No comments:

Post a Comment

~ Assalammuailaikum ~

~ Dah Baca Entry?? ~

~ Kalau Dah Baca...Komen La Banyak-Banyak Yer ~

~ Terima Kasih ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...