PBB Didesak Halang Israel


Palestin mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghalang operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza, yang mereka anggap tidak sah, selepas perancang utama pejuang Hamas, Ahmed Jabari terbunuh dalam serangan udara yang terbarunya ke atas wilayah Palestin itu.

Pada mesyuarat tertutup yang diadakan malam tadi , Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata,  Israel 'tidak beradab' dan bangga dengan tindakannya membunuh penduduk Palestin.

Mansour turut mendakwa Israel sedang  melakukan jenayah perang ke atas Palestin.

" Komuniti antarabangsa patut bertindak menamatkan polisi dan amalan tidak sah Israel ke atas Palestin', katanya.

Bagaimanapun, Israel  mendakwa serangan tersebut dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan roket oleh perjuang Palestin selama beberapa hari ke atas wilayahnya.

Duta Israel ke PBB, Ron Prosor sebelum itu berkata, tiada sesiapa yang membuat bantahan ketika pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke atas penduduk awam Israel, sambil menambah kata, tidak ada negara yang boleh bertolak ansur terhadap perbuatan seperti itu.

Dalam perkembangan lain di Gaza, sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin maut, selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Palestin itu hari ini, menyebabkan angka kematian dalam operasi ketenteraan terbaru Israel ke atas pejuang Palestin di Gaza meningkat kepada 11 orang, manakala lebih 100 lagi cedera.

Sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan anggota pergerakan itu dan mereka diserang ketika sedang menaiki kenderaan.

Serangan yang dimulakan Israel sejak semalam yang mengorbankan Jabari itu  diikuti dengan 60 lagi serangan udara, menyebabkan 5 terbunuh, 2 daripada mereka kanak-kanak, menurut Menteri Kesihatan Hamas, Mufid Mukhalalati pada satu sidang media,semalam.- AFP

- Sumber : Utusan -


 ~ P/s : Subuh Nanti bacakan qunut nazilah dan terus bacakan saban hari sehingga hancur musnah musuh-musuh Allah ini....

~ Ya Allah, Selamatkanlah dan lindungilah saudara-saudara kami di Palestin.....Berikanlah kekuatan kepada mereka untuk menangkis segala serang-serangan musuh yang amat kejam.....



Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka 

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan2 mereka

Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka

Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,

Wahai tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai tuhan yang mengarakkan awan

Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.



2 comments:

~ Assalammuailaikum ~

~ Dah Baca Entry?? ~

~ Kalau Dah Baca...Komen La Banyak-Banyak Yer ~

~ Terima Kasih ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...