SERAM : KARAK


Assalammuailaikum, malam ni nabila nak share sikit pasal karak...Nak cerita pengalaman sendiri, nabila sendiri tak pernah lalu karak..So ambil dari blog orang jer ler yer..hehe..

Sebenarnya karak ada dua jalan, satu jalan lama karak (kl-buntong) dan satu lagi lebuh raya karak(baru)...Kebanyakkan tempat-tempat yang berhantu, karaklah salah satu yang tersenarai sebagai tempat yang paling berhantu...


Antara hantu yang pernah dikaitkan dengan karak ialah :

Langsuir
Budak Sekolah(merayau-rayau)
Wanita Tua
Bas Lama
Penunggang Motor (kepala ada badan takde)
Perempuan Bawak Anak(batu nisan)
Pontianak
Hantu Pocong
Hantu Yang Makan Orang
Volkswagen Kuning

LEBUHRAYA KARAK

Lebuh raya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977.. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60 km .. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland..


Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 januari 1990, di mana seramai 17 orang yang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU.. Berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori , sebuah bas dan 10 biji kereta..


Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) banyak lori yang akan berhenti pada waktu malam (tidur)... Dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tetapi tidak kena "tegur"..


Cerita pasal volkswagen kuning pulak selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak.. Dia akan memotong kereta korang... dan selepas itu kereta tersebut perlahan...


KERETA MISTERI - Karak - penemuan sebuah kereta KIA OPTIMA yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter dari kilometer 35.4 lebuh raya karak berhampiran Genting Sempah menghala ke ibu negara menimbulkan pelbagai misteri... Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 disini sebelum ditemui oleh penunda kereta pada pukul 3 petang... Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Assistan Komisionar Abdul RahimAbdullah berkata sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu..  " Kalau berlaku kemalangan , mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya..", kata beliau dihubungi...... Kereta Kia Optima itu ditemui ketika penunda kereta sedang menaikkan sebuah kereta satria neo yang terbabas di kilometer 35.4 lebuh raya karak... Dalam pada itu , satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan...Bagaimanapun usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.... Apabila dipertengahan dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.... Ketika itu, kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi temboh lebuhraya.... Akhirnya kereta misteri ini terpaksa disemandikan semula dibawah jambatan tersebut.... (Sumber KOSMO)


JALAN LAMA KARAK

Seorang polis , satu hari naik motor ikut jalan lama ini.... Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan, dia nampak banyak kereta yang parking di tepi jalan.... tapi yang peliknya kat situ gelap gelita.. Seorang manusia pon tak ada dan yang paling pelik semua kereta yang parking tu jenis kereta lama tapi masih cantik.... Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai Genting Sempah (Petronas)...


Menurut cerita ramai juga orang yang nak mengelakkan kesesakan lalu lintasmereka akan ikut jalan lama ini... Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam malah tengah siang hari pon akan berpatah balik... Sebab dah tak dapat menanggung seram...


Dalam cerita lain pulak , pemandu bas disitu pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke Buntong lebih kurag 9 malam , dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi... Seperti biasa konduktor bas memberi tiket... Riuh rendah la dalam bas tu sebab ramai penumpang.... Bila hampir sampai di Bentong penumpang-penumpang turun di satu kawasan hutan atau kampung... Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak mengira duit balik, terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun ja..mana perginya duit tadi????...


Selain itu , cerita pasal jalan ni juga apabila beberapa orang polis terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas Ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan tetapi mereka hanya tergamam melihat Rashid Maiden sehinggalah selesai sembahyang..selepas itu hilang....


Cerita lain pulak pasal jalan ni ialah apabila mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager Mc Donalds di Genting Sempah... Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong-Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung.... Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama itu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tidak berjumpa... Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalamnya.. Dalam lebih kurang 100 m dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju melayu tetapi tiada langsung daging pada badan mangsa... Baju Melayu itu masih elok lagi dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kecederaan dan tulangnya semua lengkap....



P/s : Apa macam..dah seram ka...??











No comments:

Post a Comment

~ Assalammuailaikum ~

~ Dah Baca Entry?? ~

~ Kalau Dah Baca...Komen La Banyak-Banyak Yer ~

~ Terima Kasih ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...