6 polis gugur, 6 penceroboh maut

Detik cemas anggota pasukan polis ketika memasuki kawasan perkampungan di Kampung Sri Jaya Simunul Semporna, yang dipercayai berlaku pertempuran sepasukan polis dengan sekumpulan penjenayah bersenjata hingga menyebabkan lima anggota polis maut..

Serang hendap di Semporna: 19 anggota PDRM terperangkap dikeluarkan

Lahad Datu: Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, malam kelmarin.

Operasi yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya enam anggota kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kampung.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.

Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau.

Korban meningkat

Setakat petang semalam, seorang pegawai polis yang disahkan terkorban ialah pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dari Besut, Terengganu.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.

PDRM ucap takziah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, dalam sidang medianya petang semalam, berkata operasi berakhir jam 7 petang dan polis menghubungi keluarga mangsa yang terkorban untuk memaklumkan perkara itu terlebih dulu sebelum mengumumkannya kepada orang awam dan media.

“Saya mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban,” katanya.

Katanya, enam mayat yang belum dikenal pasti, dipercayai anggota kumpulan musuh.

Ismail berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan polis ke Simunul bagi menjalankan siasatan susulan maklumat mengenai kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata di situ.

No comments:

Post a Comment

~ Assalammuailaikum ~

~ Dah Baca Entry?? ~

~ Kalau Dah Baca...Komen La Banyak-Banyak Yer ~

~ Terima Kasih ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...