Saka


Maksud Saka :

Perjanjian yang dibuat nenek moyang satu ketika dahulu dengan jin atau iblis laknatullah untuk tujuan mendapat kehebatan tertentu, untuk mendapat kecantikan, kekuatan perbidanan, persilatan, perlindungan tertentu dengan syarat-syarat yang ditentukan dalam jangka masa yang tertentu iaitu sehingga 7 keturunan.

Saka boleh berpindah/diturunkan dengan cara:


1) Boleh berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan apa-apa jampi yang diambil daripada si mati (nenek moyang)
2) Boleh berpindah kepada anak cucu yang menyimpan mana-mana barang peninggalan si mati (kepunyaan nenek moyang). Contoh barang-barang seperti lembing, keris (barang-barang persilatan) rantai, subang, gelang (barangan kemas wanita)
3) Boleh berpindah kepada anak cucu yang tinggal bersama si mati (nenek moyang) semasa si mati hidup
4) Boleh berpindah kepada anak cucu yang kuat pegangan agama

Tanda-tanda mempunyai Saka:


(Tanda-tanda ketika tidur)


1) Sentiasa bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi (terkejut)
2) Sentiasa bermimpi berada di kawasan yang kotor atau kawasan perkuburan
3) Bermimpi berada di awang-awangan
4) Bermimpi benda-benda tajam mengancam diri
5) Bermimpi binatang mengejar dalam mimpi (mimpi yang bahaya)
6) Bermimpi dipatuk atau dibelit ular
7) Sentiasa bermimpi menyusui atau meribai atau mendukung bayi kecil (sesiapa yang sering bermimpi seperti ini, 80% confirm mempunyai saka berdasarkan pengalaman ustaz sharhan sendiri merawat pesakit)
8) Bermimpi melihat lembaga-lembaga pelik didalam tidur
9) Mengigau ketika tidur
10) Sentiasa bermimpi orang memberi barang atau bungkusan didalam mimpi
11) Sentiasa ditindih semasa tidur

(Tanda-tanda ketika dalam keadaan jaga/sedar) 


1) Berdebar tanpa sebab
2) Mudah marah kepada perkara-perkara/kes yang kecil
3) Bangun daripada tidur terdapat kesan lebam atau cakaran pada tubuh (perempuan)
4) Sentiasa sakit dibahagian atas belakang
5) Mengantuk dalam majlis ilmu

Sempat Ustaz Sharhan mengijazahkan satu ayat bagi amalan untuk melindungi daripada saka dalam kehidupan kita.

إِنَّ رَبِّي عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ


"Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemelihara tiap-tiap sesuatu." (Surah Hud ayat 57)

Sempat ustaz berpesan, tolong amalkan paling kurang sekali selepas solat. Jika tidak mampu atau sibuk, boleh baca secara 'cash', iaitu sekaligus dibaca 5 kali selepas solat Subuh atau Solat Isyak pada waktu malam.

"Wacana Al-Quran : Kehebatan Merawat dengan Al-Quran"
Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi
30 Mac 2013

No comments:

Post a Comment

~ Assalammuailaikum ~

~ Dah Baca Entry?? ~

~ Kalau Dah Baca...Komen La Banyak-Banyak Yer ~

~ Terima Kasih ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...