Assalammuailaikum Blogger...Hari ini nabila nak story mory sikit la...Semalam ( 21/10/2012) selepas balik dari kuliah bulanan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz di Perkarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak singgah sekejap makan di Kosiswa..Meja yang tempat kami duduk telah didatangi seorang ibu yang sedang meminta sedekah...Selepas ibu tersebut beredar, kawan mama saya pun bagitahu yang si ibu ni ada anak...pastu ada cucu lagi..Ibu tersebut tinggal di bla bla bla...cucunya sekolah di bla bla bla....Pastu dalam beberapa minit kawan mama pun tunjuk jari ke arah seberang jalan..Terlihat ibu yang meminta sedekah tadi bersama dengan anak dan cucunya...Nabila teka mesti anaknya ambil apabila sudah selesai ibunya meminta sedekah....Memang tepat tekaan nabila....Ibu tersebut naik motor bersama anak dan cucunya dan beredar dari situ....
Dalam hati nabila, " Astagfirullah Hal Azim , sanggup si anak tadi membiarkan ibunya meminta sedekah....Takde belas kasihan langsung...Apa nak jadi kat si anak tu....Macamtu ke cara nak balas jasa ibu yang telah mengandungkan dia selama 9 bulan dan menahan sakit semasa nak bersalinkan dia dengan membiarkan ibunya meminta sedekah....Derhaka perbuatan si anak tu....Kita sebagai seorang anak sepatutnya menyenangkan kedua orang tua kita bukan menyusahkan mereka...Tak patut...Sangat..sangat tak patut si anak tersebut membuat ibunya macamtu....."
P/s : Ingat syurga kita adalah di telapak kaki ibu....Kita mesti ingat keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu bapa..Ingat! derhaka kepada ibu bapa merupakan dosa besar....Baik kita meminta maaf kepada mereka selagi mereka masih hidup.....
✦ Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali:
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka
mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.”
Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa
(perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar,
lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari
di dalam Sahihnya, no: 2654
✦ “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik
kepada kedua ibubapa.” – al-Nisaa’ (4) : 36
✦ “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan
kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan
sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya
sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah
kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu
membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” –
al-Israa’ (17 : 23).
✦ Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang
paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda
menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda
menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda
menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
No comments:
Post a Comment
~ Assalammuailaikum ~
~ Dah Baca Entry?? ~
~ Kalau Dah Baca...Komen La Banyak-Banyak Yer ~
~ Terima Kasih ~