Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Sultan Perak Yang Baru


Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!!

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Pertabalan Sultan Perak Yang Ke-35 

7 Peringatan Sultan Azlan Shah


Pertama: Berpegang kepada prinsip ketuhanan, menginsafi kebesaran Yang Maha Mencipta berbanding kedaifan insan bertaraf hamba dengan memperlihatkan sifat-sifat tawaduk, kemanusiaan, serta kasih sayang sesama insan di samping tidak melakukan kezaliman sesama makhluk dan tidak melakukan kemusnahan kepada alam ciptaan Ilahi.

Kedua: Menyedari bahawa setiap nikmat adalah anugerah Ilahi; setiap insan wajib mengamalkan sifat bersyukur agar dikurniakan nikmat lebih besar, di samping menerima ujian dengan penuh ketabahan selaras dengan maksud ayat 17 Surah Al AnAam;

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepada mu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri, dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepada mu, maka Dia Maha Kuasa atas setiap sesuatu"

Ketiga: Pangkat dan jawatan adalah anugerah Ilahi dan hendaklah dipenuhi dengan penuh amanah, senantiasa mengingati akauntabiliti kepada rakyat begitu juga akauntabiliti ketika diadili di mahkamah Rabbuljalil di Padang Mahsyar selaras dengan peringatan yang terkandung dalam ayat 9 Surah Ali Imran bermaksud;

Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya". Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji".

Keempat: Negeri Perak dan negara Malaysia telah dilimpahkan dengan nikmat kekayaan sumber dan hendaklah diuruskan secara cekap, jujur, telus lagi berintegriti, menjauhi amalan-amalan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran agar negeri dapat dimakmurkan dan kehidupan majoriti rakyat dapat disejahterakan.

Kelima: Perpaduan rakyat hendaklah sentiasa diutamakan dan tidak boleh dikompromikan. Perpaduan rakyat adalah asas kekuatan negara yang telah memungkinkan kemerdekaan dicapai, ancaman komunis dimusnahkan, kemajuan dicipta serta kemerdekaan tanah air dapat dipertahankan. Bahawa rakyat di negara ini terdiri dari pelbagai kaum, mengamalkan pelbagai agama, berlatar belakangkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

Kepelbagaian tersebut adalah aset negara jika rakyat berjaya dibimbing untuk berfikiran rasional, mengamalkan sikap saling memahami - saling menghormati, serta tidak mudah dipengaruhi dengan sentimen yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang berfikiran sempit lalu memilih untuk mengadu domba rakyat untuk berkonflik secara mensensasikan isu-isu agama, kaum, budaya dan bahasa. Baginda yakin majoriti rakyat bersifat rasional lagi bertanggungjawab; bahawa majoriti rakyat menghargai suasana hidup yang aman, harmoni lagi rukun.

Keenam: Mengamalkan pemerintahan yang berlandaskan undang-undang (rule of law). Undang-undang tidak sahaja perlu digubal tetapi lebih penting untuk dihormati, dikuatkuasakan secara adil - secara saksama, malah dipastikan kelihatan dilaksanakan secara adil - secara saksama, tanpa prejudis - tanpa diskriminasi melalui amalan kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan berlandaskan prinsip tanpa gentar - tanpa pilih kasih (without fear or favour).

Ketujuh: Takhta pemerintahan menyempurnakan amanah berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan, berfungsi sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Raja Pemerintah wajib mengamalkan dan mempamerkan sifat tidak memihak - tidak partisan - tidak berkepentingan demi menjamin berlakunya keadilan, membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan institusi-institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman, lantas meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan amalan demokrasi - berakarkan doktrin pengasingan kuasa.



Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan


Innalillahiwainnailaihirrajiun...Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah...Semoga Allah merahmati Roh Baginda Dan Diletakkan Bersama Orang-Orang Yang Beriman..Al-Fatihah

* Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Perak jam 3.45 petang tadi(28/5/2014)..

* Tempoh berkabung 100 hari diumum untuk seluruh negeri perak..

* Almarhum disemayamkan di Balairong Seri , Istana Iskandariah , Kuala Kangsar...

* Almarhum akan dimakamkan Di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar...

* Rakyat boleh memberi penghormatan terakhir pada jam 11 pagi - 2 petang...

* Bendera Negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini (28 Mei 2014/Rabu) manakala Bendera Malaysia pula akan dikibarkan separuh tiang selama 7 hari sahaja. 

* Sepanjang tempoh perkabungan 7 hari tersebut semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan
 


Lawak : Cerita Kedai Kopi : GST


ebai Malang: "Belalang,kau ada buka Pesbuk tak semalam?

Pak Belalang: "Ada je, kenapa?"

Lebai Malang: "Aku baca kenyataan Pegawai KPJ Healthcare,katanya kos perubatan akan meningkat selepas GST,ish tak boleh jadi ni!"

Pak Belalang: "Alahai lebai,selama ini kau kalau sakit pergi Hospital Tawakkal ke? Ke Prince Court?"

Lebai Malang: "Jangan lah perli aku Belalang,mana la aku mampu gi hospital swasta macam itu"

Pak Belalang: "Haa... tahu pun.Kenyataan dia tu tak salah,tapi GST hanya dikenakan pada Pusat Perubatan Swasta.

Kalau setakat sakit sikit-sikit
berkadarlah dengan kemampuan kita,pergi hospital gomen baru bayar seringgit je"

Lebai Malang: "Alah,hospital gomen servis bukan bagus pun!"

Pak Belalang: "Memang bukan yang terbaik dan kita harapkan ada peningkatan,tapi apa yang kita bayar tu tersangat kurang berbanding apa yang dah disubsidi,kalau banyak sangat tak puas hati,bayar sendiri,boleh?

Lebai Malang: " Errr......"

Pak Belalang: " Hai lah lebai....gitulah selalu,cakap besar tapi apa pun tak ada,haihhhh!"

KEPIMPINAN RAKYAT - KOMUNISME: IDEOLOGI YANG TERBAIK



Dalam propaganda “Dunia Sempurna”, semua orang akan mendapat makanan dan tempat tinggal, dan segala aspek masyarakat utopia tanpa diskriminasi jantina (seksisme), kaum (rasisme) dan apa-apa jua bentuk penindasan. Tetapi secara zahirnya, “Dunia Sempurna” sebenarnya tidak mampu dibentuk. Jadi, komunisme merupakan cadangan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.

Semua orang tahu intisari-intisari komunisme berkenaan dengan perkara-perkara asasnya. Secara mudahnya, komunisme merupakan idea dimana semua orang dalam sebuah masyarakat akan diberi bahagian yang sama daripada keuntungan-keuntungan yang diperolehi daripada tenaga buruh. Komunisme dicipta untuk membenarkan rakyat yang miskin untuk bangkit dan mencapai status sosioekonomi yang sama dengan kelas pertengahan.

Untuk memastikan semua orang mendapat persamaan secara saksama, kekayaan akan dibahagi semula agar golongan kelas atasan akan diturunkan kepada paras sosioekonomi yang dimiliki oleh yang golongan kelas tengah.

Komunisme meletakkan segala jenis pembuatan akan dikawal oleh kerajaan. Ertinya, tiada siapa boleh memiliki perniagaannya dan membuat barangan sendirinya kerana kerajaan yang memiliki segala-galanya.

Frederick Engels meletakkan bahawa prinsip ini sepatutnya diselaraskan di setiap negara sehinggalah seluruh dunia ini berada dibawah panji tukul dan sabit. Sudah tentunya matlamat ini akan memastikan dunia-dunia kapitalis untuk mengawasi jejak langkah musuh ketat mereka ini.

Persoalan utamanya, kenapa budaya-budaya bukan komunis memandang golongan komunis sebagai radikal?

A. Teori-Teori Komunis

Prinsip sosialisme yang membentuk kebangkitan kepada komunisme telah wujud di dalam zarah manusia selama beratus tahun lamanya. Ada yang mengatakan komunisme telah wujud dalam Kitab Suci Bibel sendiri. Tetapi ramai orang menyangka bahawa ahli falsafah Jerman yang bernama Karl Marx yang menciptanya.

Karl Marx, juga dikenali sebagai Bapa Komunisme, menulis bukunya, Manifest der Kommunistischen Partei (Manifesto of the Communist Party), atau lebih popular dikenali sebagai, the Communist Manifesto (Manifesto Komunis), pada tahun 1848. Buku inilah yang melahirkan inspirasi dalam pembentukan Parti-Parti Komunis yang lain. Dari sinilah Komunisme juga dikenali sebagai “Marxisme”.

Kepercayaan Karl Marx tentang masyarakat utopia semestinya tidak mempunyai sebarang kelas (classless) atau kerajaan (stateless). Idea utama beliau adalah mudah: bebaskan kelas rendah daripada kemiskinan dan beri peluang untuk yang miskin bertarung dalam kehidupan.

Perlaksaaannya adalah kerajaan semestinya mengawal semua pengeluaran dan pembuatan supaya tiada siapa boleh menghalang kekayaan orang lain. Malangnya, idea ini memang susah untuk dilaksanakan.

Beliau menyusun tiga fasa yang diperlukan untuk mencapai idea utopia:
• Fasa 1: sebuah revolusi mesti dibuat untuk menghancurkan kerajaan sedia ada sehingga segala sistem-sistemnya telah tiada;
• Fasa 2: seorang diktator atau ketua elit mesti menguasai golongan proletariat (pekerja) secara mutlak. Dalam fasa ini, penguasaan kerajaan baru ke atas rakyat biasa semestinya secara total – pendidikan, agama, pekerjaan dan juga perkahwinan akan ditentukan oleh pemimpin. Dengan kata mudah, pemimpin ini merupakan tuhan kepada masyarakat tersebut.
• Fasa 3: Pencapaian utopia. Untuk mencapai fasa ini, semua golongan yang bukan komunis perlu dihapuskan, dan Parti Komunis yang memegang kepimpinan secara mutlak. Fasa ini tidak pernah dicapai.

Dalam utopia ini, semua orang akan berkongsi kekayaan dan hartanah dengan aman dan hidup bebas daripada apa-apa jua halangan-halangan. Penguasaan mutlak barisan kepimpinan akan diteruskan untuk mengelakkan kemunculan semula sistem berkelas.

Konsep Karl Marx mengimarahkan 10 hukum komunisme, iaitu:

• Sistem perbankan pusat;
• Pendidikan yang dikawal kerajaan;
• Tenaga buruh yang dikawal kerajaan;
• Kerajaan memiliki kenderaan-kenderaan pengangkutan dan komunikasi;
• Kerajaan memiliki segala aspek pertanian dan perkilangan;
• Penghapusan hartanah peribadi;
• Perampasan hak-hak hartanah peribadi;
• Cukai pendapatan yang tinggi kepada semua;
• Penghapusan sistem wasiat;
• Perancangan secara wilayah.

Dalam masyarakat komunis yang diterangkan oleh Karl Marx, kerajaan yang memiliki bidang kuasa tertinggi tanpa apa-apa had untuk menguasai tanah dan pengeluaran negara. Oleh kerana kerajaan membahagikan tanah dan hartanah antara rakyat, komunisme telah membentuk sebuah asas sama rata secara ekonomi dan sosial.

Sistem ini memang berkesan secara teori. Tetapi, secara praktikal, berkesankah ia?
B. Pembentukan Republik Komunisme Pertama

Rusia merupakan negara monarki tsaris ketika falsafah-falsafah komunisme mula bangkit di negara terbesar dunia itu. Pada penghujungnya, dunia berada dalam keadaan yang tidak stabil di saat-saat sebelum ledaknya Perang Dunia Pertama.

Kerajaan Rusia cuba mengelak kemasukan negara mereka ke arah demokrasi. Ketika Tsar Nikolai II dan keluarganya sedang hidup bahagia dengan kekayaan kini dijangka menjangkau AS$250bilion, rakyat-rakyat kelas bawahan telah lama sengsara dengan kemiskinan. Dua faktor ini, termasuk juga kekalahan pada Jepun dalam Perang Russia-Jepun, dan penghancuran teruk ketika Perang Dunia Pertama, telah mencalarkan imej Tsar Nikolai II.

Sebenarnya Rusia dibawah Tentera Bersekutu menang Perang Dunia Pertama. Tetapi, Rusia dibawah Rusia sendiri tewas dengan teruknya.

Februari 1917 merupakan masa yang sangat sesuai untuk melihat keadaan Empayar Rusia – kehilangan nyawa yang teruk, dan juga masalah kebuluran yang melanda seluruh negara. Apabila kilang besi logam ditutup, menyebabkan hilangnya banyak pekerjaan, rakyat-rakyat Rusia mula bangkit dengan mogok dan demonstrasi.

Pihak tentera telah dihantar untuk mengawal keadaan, tetapi malang buat Tsar Nikolai II, seramai 150,000 tentera menyertai demonstrasi yang sangat besar ini. Pada hari ini, demonstrasi ini dikenali sebagai Revolusi Februari 1917 yang menyebabkan Tsar Nikolai II menyerahkan takhta baginda.

Bidangkuasa negara telah diserahkan kepada Kerajaan Sementara Rusia. Pada Julai 1918, pihak Parti Bolshevik telah membunuh Tsar Nikolai II dan kaum keluarganya, termasuk keempa-empat puteri-puterinya dan puteranya yang seorang. Lingkungan usia mereka hanya antara 13-22 tahun.

C. Revolusi Bolshevik dan Vladimir Lenin

Vladimir Lenin merupakan jerung yang memainkan peranan penting dalam perancangan-perancangan anti-tsar Rusia. Apabila beliau mendengar tentang kebangkitan rakyat di Rusia, Vladimir Lenin membentuk sebuah perjanjian dengan Jerman. Dan Jerman setuju untuk menghantar beliau ke Petrograd secara rahsia, dan sebagai balasan, beliau akan keluarkan Rusia daripada Perang Dunia Pertama.

Seorang lagi jerung, Leon Trotsky, yang merupakan ketua revolusi telah kembali ke Rusia dari Amerika Syarikat untuk bertindak sebagai orang kanan Vladimir Lenin.

Oleh kerana Kerajaan Sementara Rusia menyokong usaha-usaha peperangan, keyakinan rakyat berubah kepada Pihak Bolshevik, yang tidak setuju dengan peperangan. Apabila sebuah revolusi meledak, Pihak Bolshevik menggunakan momentum ini untuk menumbangkan kerajaan sementara. Dan berpegang kepada janji beliau, Vladimir Lenin mengeluarkan Rusia daripada peperangan.

Untuk meyakinkan rakyat, Vladimir Lenin meraih sokongan dengan slogan-slogan propaganda seperti, “Makanan, Tanah, Keaman dan Semua Kuasa kepada Majlis (Soviet)”, yang kena tepat kepada rakyat-rakyat yang sedang berkebuluran.

Tetapi ianya tidak cukup. Vladimir Lenin dan Parti Bolshevik hanya berjaya mendapat 23.5% undian, tewas kepada Viktor Chernov dan Socialist Revolutionary Party, yang mendapat 41.0%. Vladimir Lenin tidak mahu mengaku kalah, lalu menghantar tentera-tenteranya untuk menghalang semua mesyuarat yang menyekat kebebasan bersuara rakyat Rusia.

Setahun kemudian, Parti Bolshevik telah diubah menjadi Parti Komunis. Vladimir Lenin dan penguasa-penguasa komunis beliau memulakan ideologi-ideologi Karl Marx dan 10 Hukum Marx yang dikatakan tadi, memulakan Perang Saudara Rusia daripada 1918 hingga 1922. Menurut Joseph Stalin dalam ucapannya pada tahun 1941, pembentukan Red Army merupakan punca Parti Komunis mendapat kemenangan yang diperlukan.

Apabila tamatnya Perang Saudara ini, Kesatuan Soviet berjaya dibentuk – atau dikenali sebagai Kesatuan Republik-Republik Sosialis Soviet, K.R.S.S., yang memegang Rusia dan 15 negara-negara jirannya.

Vladimir Lenin tahu bahawa golongan kelas atasan tidak akan menyerahkan tanah dan kekayaan begitu sahaja. Pada tahun 1921, beliau membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB-R) untuk menggubal semula pembahagian tanah – merampaskannya daripada golongan bangsawan dan memberikannya kepada golongan miskin. Masih lagi sedang menguatkuasakan dasar-dasar Karl Marx, Vladimir Lenin memulakan kempen Red Terror: pembunuhan beramai-ramai, penyiksaan dan penindasan, melalui:

• Kebuluran buatan – Vladimir Lenin memaksa rakyat-rakyat biasa menjual hasil tanaman mereka tanpa keuntungan dengan rasional beliau memerlukan tanaman mereka untuk tujuan ketenteraan. Rakyat berasa terlalu marah sehingga mereka mengurangkan pengeluaran tanaman yang membunuh jutaan nyawa.
• Kem-Kem Buruh – Vladimir Lenin akan menghantar sesiapa sahaja yang tidak setuju dengan kepimpinan beliau untuk bekerja di kem-kem ini.
• Pembunuhan Pengkritik – Ketika Red Terror, beratus-ratus ribuan pengkritik telah dibunuh secara beramai-ramai. Antaranya ialah, rakyat-rakyat kelas tengah, tahanan-tahanan peperangan, sosialis-sosialis, penyokong-penyokong monarki tsaris dan juga rakyat-rakyat yang tidak bersalah.

Tekanan-tekanan mental daripada revolusi, kepimpinan, dan perang saudara telah memberi impak yang besar kepada kesihatan Vladimir Lenin. Beliau juga ditembak di bahagian leher, tetapi berjaya diselamatkan setelah seorang pakar bedah Jerman mengeluarkan peluru tersebut. Vladimir Lenin juga sentiasa bekerja lebih masa di setiap hari.

Kesihatannya bertambah teruk sehinggalah beliau terkena strok pertama, yang membekukan lidah beliau selama beberapa minggu. Sebulan kemudian, beliau kembali bekerja sebagai Ketua Kerajaan negaranya, tetapi pada bulan Disember 1922, beliau terkena satu lagi strok yang melumpuhkan bahagian kanan beliau. Dan tiga bulan kemudiannya, beliau diserang strok ketiga, yang membisukan dan melumpuhkan secara keseluruhan sehinggalah beliau mati.

Tetapi kematian Vladimir Lenin tidak menghentikan kekejaman Komunisme.

D. Pemerintahan Joseph Stalin dan Diktator-Diktator Selepasnya

Jika anda sangka Vladimir Lenin merupakan orang yang paling kejam, anda salah.

Apabila Vladimir Lenin mati pada tahun 1924, Joseph Stalin telah berjaya menguasai Parti Komunis K.R.S.S., dan memulakan sasaran beliau ke atas rakan-rakan komunis beliau sendiri. Joseph Stalin berpendapat bahawa sesiapa yang tidak menyokong beliau secara mutlak adalah musuh.

Beliau membasmikan ramai ahli-ahli Parti Komunis atas alasan jenayah, termasuk pengkhianatan, penyelewengan-penyelewengan politik dan pengintipan. Hampir semua rakan-rakan Bolshevik beliau telah diarahkan supaya dibunuh… termasuklah Leon Trotsky, orang kanan Vladimir Lenin.

Joseph Stalin menggunakan teknik-teknik keganasan Vladimir Lenin dengan cara yang lebih drastic. Vladimir Lenin sekadar membiarkan rakyatnya mati kelaparan, tetapi Joseph Stlain menggunakan perkara tersebut untuk meneruskan impian-impian politiknya. Beliau merampas kembali tanah-tanah yang Vladimir Lenin telah berikan kepada rakyat-rakyat biasa melalui DEB-R.

Dasar-dasar Kolektivisasi yang digunakan oleh beliau atas tujuan penggabungan sektor pertanian telah menyebabkan kejatuhan pengeluaran dalam industri tanaman. Kebuluran yang melanda telah meragut jutaan nyawa, dan ketika Great Terror of 1936-1939, Joseph Stalin telah mengarahkan jutaan lagi untuk dibunuh.

Hasrat beliau adalah untuk membawa komunisme ke seluruh dunia. Beliau memulakan dasar-dasar industrialisasi di K.R.S.S. dengan pembinaan berbagai-bagai kilang di kawasan-kawasan yang strategic agar tidak akan diserang musuh. Dengan sekelip mata, ekonomi Rusia berkembang pesat dan melepasi negara-negara lain dalam sektor industri.

Beberapa diktator-diktator lain muncul selepas kematian Joseph Stalin, seperti Nikita Khrushcev dan Leonid Brezhnev. Pembunuhan rakyat masih lagi diteruskan.
Daripada tahun 1953 hingga 1991, rakyat-rakyat K.R.S.S. dibunuh atas alasan kesalahan politik, dan tahun 1980-an menyaksikan kem-kem buruh yang ditubuhkan oleh Vladimir Lenin masih lagi menempatkan pengkritik-pengkritik negara.

Dengan kekejaman yang berterusan, dunia membentuk sebuah kunci untuk meruntuhkan K.R.S.S. ini.

E. The Fall of the Soviet Union

Kunci tersebut adalah Perang Dingin yang meruntuhkan Kesatuan Soviet secara keseluruhan, tetapi mengambil masa hampir setengah abad untuk menjayakannya.

Pada tahun 1945, Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat memulakan peperangan berdasarkan ayat dan ketakutan. Penentang-penentang komunisme berkata tujuan Perang Dingin adalah untuk mengawal komunisme dan mengelakkan konflik nuklear. Tetapi Kesatuan Soviet pula mempunyai tujuan untuk menyebarkan syiar komunisme ke Amerika Syarikat.

Kedua-dua negara besar ini bertikam lidah atas perbezaan politik, kebudayaan dan ekonomi. Amerika Syarikat mula membina teknologi-teknologi persenjataan, Strategic Triad, yang diperlukan kalau berlakunya peperangan: pengebom-pengebom jarak jauh, kapal-kapal selam, dan misil-misil darat, memulakan perlumbaan persenjataan-persenjataan nuklear, dimana kedua-dua kerajaan mengumpulkan senjata-senjata nuklear untuk memastikan kerajaan sebelah sana tidak mendapatkannya.

Pada tahun-tahun 1950-an, Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat memulakan perlumbaan angkasa pula. Kedua-dua negara mahu menguasai liang angkasa untuk penguatkuasaan ketenteraan dan pertahanan yang paling utama. Dan perlumbaan ini yang menekankan lagi persaingan yang sangat giat antara dua-dua negara.

Kesatuan Soviet menang perlumbaan ini dengan pelancaran Sputnik ke orbit pada Oktober 4, 1957. Tetapi Amerika Syarikat pula membalas dengan pendaratan manusia di permukaan Bulan, dimana mereka kemudian menyiarkan rakaman yang diambil di Bumi untuk menyimpan rahsia-rahsia yang mereka dapat dari Bulan.

Ketegangan-ketegangan Perang Dingin tidak tertakluk kepada perlumbaan sahaja. Dua peperangan besar bermula antara blok-blok pengaruh kapitalis dan republik-republik komunis – Perang Vietnam dan Perang Korea.

Pencerobohan Bay of Pigs di Cuba, dan Krisis Misil Cuba, turut menambahkan lagi ketegangan pada ketika itu. Krisis dengan Cuba telah menggugat kestabilan dunia apabila Amerika Syarikat telah mengisytiharkan DEFCON-2 buat kali pertama.

Tetapi perlumbaan-perlumbaan ini mengakibatkan ketiadaan pertumbuhan dalam ekonomi Kesatuan Soviet. Apabila Mikhail Gorbachev naik ke tampuk pemerintahan Parti Komunis pada tahun 1985, beliau mula membentuk perubahan. Objektif-objektif beliau: menghidupkan semula ekonomi, dan menambahkan lebih banyak pembentukan ekonomi.

Beliau bekerjasama dengan Ronald Reagan dan Kerajaan Amerika Syarikat untuk mengurangkan ketegangan selama ini, dan hubungan dua-hala antara dua negara ini mula bertambah baik secara mendadak.

Pada tahun 1989, Mikhail Gorbachev dan George H.W. Bush telah mengisytiharkan tamat kepada Perang Dingin. Tahun yang sama menghancurkan blok komunisme di Jerman Timur dengan peruntuhan Dinding Berlin, dan penghancuran-penghancuran kerajaan-kerajaan komunis di Czechoslovakia, Romania dan Bulgaria.

Tetapi apa yang dipersoalkan adalah kepintaran Mikhail Gorbachev samaada beliau tahu atau tidak beliau sedang diperbodohkan. Agak mengelirukan apabila beliau mula memanggil “comrade” kepada Setiausaha Luar Negara, Amerika Syarikat. Dan setiausaha komunis yang berkuasa di Moscow pula menjemput Duta Besar Amerika Syarikat ke rumahnya untuk bertukar-tukar pendapat dan gosip tentang perkembangan dunia.

Tidak lama kemudian, muncul seorang ahli politik dalam Rusia yang akan meruntuhkan Kesatuan Soviet pula – Boris Yeltsin. Pada hari terakhir Kesatuan Soviet sebelum Mikhail Gorbachev meletakkan jawatan beliau, ramai orang dalam Moscow menyaksikan satu perkara yang pelik berlaku di dalam Kremlin – kemunculan ahli-ahli ekonomi IMF yang sedang berbincang dengan pembuat-pembuat dasar Rusia (Russian policymakers) tentang halatuju Rusia.

Pada tahun 1990, Boris Yeltsin telah menjadi Presiden, dan Kesatuan Soviet telah ditamaatkan pada Disember 25, 1991, berpecahkan kepada pelbagai republik: Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgystan, Latvia, Lithuania, Moldova, Persekutuan Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan. Republik-republik ini dipimpin dengan kerajaan dan kedaulatan sendirinya.

Kejatuhan Kesatuan Soviet memulakan kesan domino kepada negara-negara komunis yang lain. Parti Komunis Malaya telah menerima kenyataan pahit bahawa hasrat mereka untuk membentuk republik komunis di Malaysia tidak dapat dijayakan memandangkan pertumbuhan ekonomi dan sosioekonomi dibawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sedang bertambah baik pada setiap tahun.

F. Penyebaran Komunisme

Komunisme sebenarnya tidak disimpan dalam Kesatuan Soviet sahaja. Seperti diwartakan oleh Karl Marx, hukum-hukum komunisme perlu sebar ke seluruh dunia untuk membentuk utopia. Beberapa negara telah menerima fahaman ini untuk menjayakan impian utopia, termasuk:

• Negara-negara Perjanjian Warsaw: Albania, Bulgaria, Czechoslovakia, Romania, Poland dan Hungary (negara komunis daripada 1945 hingga 1991). Perjanjian Warsaw ini adalah hasil tandatangan negara-negara diatas dengan Rusia yang mempersetujui bahawa mereka akan membantu antara satu sama lain dari segi ketenteraan apabila diserang negara lain.
• Yugoslavia (1945 - 1992)
• Vietnam Utara (1954 - 1976, walaupun masih lagi komunis selepas gabungan seluruh Vietnam)
• Yemen (1969 - 1990)
• Somalia (1969 - 1991)
• Kemboja (1975 -1989)

Semua kerajaan-kerajaan komunis musnah, kecuali Vietnam, ketika pembubaran Kesatuan Soviet. Tetapi, komunisme wujud di Amerika Syarikat hingga hari ini.

Parti Komunis Amerika Syarikat sedang beroperasi dalam pilihanraya-pilihanraya kawasan di Amerika Syarikat. Dan kumpulan ini juga menyokong salah seorang daripada calon Presiden pada tahun 1984. Ideologi mereka adalah menghentikan pengeksploitan dan penindasan kapitalisme.

Negara-negara komunis pada hari ini:
• China, sejak 1949;
• Cuba, sejak 1959;
• Vietnam, sejak 1976;
• Korea Utara, sejak 1948;
• Laos, sejak 1975.

Kini, China merupakan gagasan perdana bagi komunisme. Mao Zedong, diktator China, telah menggunakan taktik-taktik Joseph Stalin untuk membentuk kerajaan komunis di China. Selain daripada kem-kem pembunuhan yang telah dibentuk, Mao Zedong juga membentuk sebuah rancangan, Great Leap Forward, yang mengutamakan dasar kolektivisme dalam sektor pertanian.

Mao Zedong merampas banyak hartanah-hartanah rakyat dan memulakan industrialisasi-industrial
isasi secara besar-besaran yang meragut nyawa 16.5juta-40juta rakyat Cina dari tahun 1957-1961. Seperti Stalin, beliau juga membunuh ramai ahli-ahli partinya.
China juga mengutamakan sektor-sektor kapitalisme yang membentuk ekonomi mereka dalam industri pembuatan, seperti barang mainan, perkakasan perumahan, elektronik dan sebagainya. Tetapi kerajaannya masih lagi bersifat diktator.

China berjanji untuk memperbaharui kualiti-kualiti hak asasi manusia untuk Olimpik 2008 di Beijing, tetapi kerajannya masih lagi sedang membunuh tahanan-tahanan dan banduan-banduan mengalahkan negara-negara lain.

G. Konklusi

Bekas republik-republik komunis pada hari ini seperti Persekutuan Rusia sebagai contoh telah berjaya dibentuk dengan baik oleh Vladimir Putin, sebagai Presiden, dan Dmitry Medvedev, sebagai Pengerusi Kerajaan. Dasar-dasar liberalisasi Boris Yeltsin telah memakan diri apabila ekonomi Persekutuan Rusia musnah pada tahun 1998, yang menyebabkan perletakan jawatan beliau.

Pada hari ini, Persekutuan Rusia telah pulih daripada Kemelesatan 2008 lebih awal daripada negara-negara lain.

Republik Uzbekistan sendiri sedang mula bangkit secara perlahan-lahan dengan bentuk ekonomi tersendirinya, sehingga ianya kebal daripada Kemelesetan 2008.

Komunisme merupakan ideologi yang terbaik… bagi pihak-pihak yang mengimpikan kezaliman sahaja.

Memandangkan bekas republik-republik komunis sedang maju dengan cara pentadbiran mereka yang tersendiri, mampukah Komunisme membuat kebangkitan semula?

Komunisme sememangnya merupakan kepimpinan rakyat. Tetapi, adakah benar rakyat yang akan memimpin negara?

-- AFDS --

Lim Kit Siang Dalang Peristiwa Berdarah!!!


Saya mahu baca semula daripada laporan MAGERAN dimana laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan peristiwa 13 MEI yang terus membawa kepada perisyiharan  darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah berada di luar kawalan...

Tindakan racist yang amat amat melampau  dan ini antara tindakan yang didalangi oleh LIM KIT SIANG...

Apa yang mereka kata pada tahun 1969 yang terus membawa kepada peristiwa 13 MEI :

SLOGAN yang dibawa pada waktu itu ialah "MALAI SI"..."MALAY SI" bermaksud  "MATI MELAYU"

Kemudian kita lihat dalam perhimpunan-perhimpunan dan perarakan-perarakan yang telah mereka buat...Ini antara kenyataan oleh mereka yang keluar pada 11 MEI : "Apa Polis Boleh Buat, Kita Raja..Buang Sama Polis MElayu"...

11 MEI di Jalan Bukit Bintang : "Mati Melayu, Sakai Pergi Masuk Hutan"...

11 MEI di Jalan Changkat Dollah : "KL Sekarang Cina Punya"...

12 MEI di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman :"Melayu Balik Kampung, Melayu Sekarang Tiada Kuasa..Sekarang Kita Cina Sudah Control"...

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang melayu ini kenyataan parti LIM KIT SIANG :"Melayu Keluar..!! Apa Lagi Duduk Sini, Kita Hentam Lu...Sekarang Kita Sudah Ada Kuasa"...

12 MEI depan Balai Polis Jalan Pudu :"Semua Melayu Kasi Habis, Kasi Halau Semua Polis"...

12 MEI :"Apa Ini Melayu, Kita Sudah Perintah Dia Negeri, Ini Negeri Bukan Melayu Punya, Mata-Mata Lancau.."..

12 MEI Jalan Canvel :"Butuh Melayu , Malai Si , Pergi Mati Melayu"...

12 MEI Jalan Bukit Bintang :"Ini Negeri Bukan Melayu Punya , Kita Mahu Kasi Halau Semua Melayu"...

p/s : sedarlah wahai anak bangsa melayu...sampai bila kita nak agama dan bangsa kita dicaci , dimaki , dipijak-pijak dan lain-lain lagi... sedarlah..sedarlah..jangan sampai suatu hari nanti berlaku apa-apa baru kita nak menyesal dan sedar...time tu dah takde gunanya lagi...sudah tiba masanya islam bersatu...apabila islam bersatu, musuh-musuh tak berani nak buat kacau dan buat macam-macam lagi...

Anonymous's Message to ISRAEL~~


Siapa Anonymous?
http://en.wikipedia.org/wiki/Anonymous_(group)

Anonymous (Hacker) akan melancarkan serangan terhadap Israel pada 7 April 2014 terhadap laman web Kerajaan Israel dan seluruh page dari Israel termasuk akaun bank dan server dari Israel sekali gus melenyapkan Israel dari laman cyber sebagai bantahan atas serangan Israel terhadap rakyat Palestin...Anonymous juga mengajak seluruh Hacker Muslim di dunia utk menyertai mereka 7 April ini..Can't wait for that

Angka:
- Lebih 700 Website Israel akan terlibat
- Lebih 9000 Website akan down dan dirosakkan

Sejak bila war dgn Israel bermula?
http://www.cyberwarzone.com/opisrael-birthday-7-april-2014-initiates-continues-attacks-record-1-year

Another Video:
https://www.facebook.com/photo.php?v=551494881631407&set=vb.100003127011002&type=2&theater

#Anonymous #Arabe #WeSupportAnonymousArab #SavePalestine #FreedomForGAZA

Like their page:
https://www.facebook.com/Anon.official.arabe

::> Don't Forget to Like & Share this video to show your support to them & Palestine

Video link >>>> https://www.facebook.com/photo.php?v=800990853262117

6 polis gugur, 6 penceroboh maut

Detik cemas anggota pasukan polis ketika memasuki kawasan perkampungan di Kampung Sri Jaya Simunul Semporna, yang dipercayai berlaku pertempuran sepasukan polis dengan sekumpulan penjenayah bersenjata hingga menyebabkan lima anggota polis maut..

Serang hendap di Semporna: 19 anggota PDRM terperangkap dikeluarkan

Lahad Datu: Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, malam kelmarin.

Operasi yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya enam anggota kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kampung.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.

Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau.

Korban meningkat

Setakat petang semalam, seorang pegawai polis yang disahkan terkorban ialah pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dari Besut, Terengganu.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.

PDRM ucap takziah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, dalam sidang medianya petang semalam, berkata operasi berakhir jam 7 petang dan polis menghubungi keluarga mangsa yang terkorban untuk memaklumkan perkara itu terlebih dulu sebelum mengumumkannya kepada orang awam dan media.

“Saya mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban,” katanya.

Katanya, enam mayat yang belum dikenal pasti, dipercayai anggota kumpulan musuh.

Ismail berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan polis ke Simunul bagi menjalankan siasatan susulan maklumat mengenai kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata di situ.

Kronologi Pencerobohan Tentera Sultan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah




9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

Ketua Polis Negara juga memaklumkan yang kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Anggota yang terkorban ialah dari skuad Komando 69, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor. Tiga anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong, Koperal Mohd Tarmizi Hashim dirawat di Hospital Lahad Datu, manakala Konstabel Mohammad Qaiyum’aiqal Zolkifli yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

2 Mac – Lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah. Turut terkoban ialah dua ahli kumpulan bersenjata berkenaan. Kejadian di Semporna itu berlaku susulan pertempuran di antara kumpulan yang mendakwa setia dengan Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat lalu. Perkara ini disahkan oleh Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar pada hari berikutnya.

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa mendapat maklumat bahawa sekurang-kurangnya 10 orang penceroboh telah menyusup masuk ke Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama, Kunak. Tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

3 Mac – Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut ialah enam orang.

 Nama 6 lagi anggota keselamatan yang terkorban setakat 3 Mac 2013 adalah:

  • Superintendent (SP) Ibrahim Lebar - SB Bukit Aman
  • Assistent SP (ASP) Michael - KCKD Semporna
  • Sarjan Ibrahim - SB
  • Sarjan Aziz - PGA Semporna
  • Koperal Salam - SB Tawau
  • Lans Koperal (L/Kpl) Azrul - PGA Semporna

Stesen radio Filipina pada Ahad melaporkan bahawa kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna telah menawan empat orang rakyat Malaysia. Ketua polis negara tidak menafikan berkemungkinan lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu. Walau bagaimanapun, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.




Drama Sahara (ASTRO PRIMA) Dikritik


Assalammuailaikum blogger....lama sungguh nabila x update blog...hukhuk...Hari ni entry nabila berkaitan dengan drama sahara yang ditayangkan di astro prima...Nampaknya ramai yang tak puas hati dengan drama ni dan drama ini dikritik hebat sekarang ni...Punca drama ini dikritik kerana drama ini seolah-olah menjatuhkan imej atau menghina perempuan berniqab atau berpurdah...

Komen Daripada Ustaz Zaharuddin : 

Drama ini patut diKRITIK dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab TIDAKLAH sedemikian 'murah' untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram. Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gamabarn salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri.

Dibawah ini ada promo drama sahara...Korang boleh menilai sendiri drama ni macamana..Nak buat drama islamik bagus..alhamdulillah  tetapi jangan la buat drama macamni...berpeganglah itulah inilah..tak elok..sepatutnya tahu la hukum halal dan haram....







::: Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah :::

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keterangan/Hujah:

1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.

3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.

11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

UNDANG-UNDANG KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1988

Perak Bil 10 Tahun 1988

Jadual (seksyen 9)

Bahagian 1

PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK BOLEH DIKAITKAN DENGAN AGAMA BUKAN ISLAM

Allah
Firman Allah
Ulama
Hadith
Ibadat
Kaabah`
Kadi
Ilahi
Wahyu
Mubaligh
Syariah
Qiblat
Haj
Mufti
Rasul
Iman
Dakwah
Injil
Solat
Khalifah
Wali
Fatwa
Kutbah
Nabi
Tabligh

Bahagian II

PERBAHASAN-PERBAHASAN YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM

Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahailallah
Walillahilhamd
Allahu Akbar
InsyaAllah
Astagfirullahal Azim
Tabaraka Allah
MasyaAllah
Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim

Diluluskan pada 6hb September 1988
[JU Pk. /AM/352 (7) PU Pk. 104 / 87]





Maharaja Lawak Mega 2012 (FINAL)



Assalammuailaikum blogger..wahhhh..hari ni final maharaja lawak mega 2012....korunk sokong siapa?? JAMBU?? JOZAN?? SAYWHO?? SHIRO?? BOBOI??..kalau nabila, emm  nabila sokong JAMBU dan mengharapkan pada malam ni JAMBU yang akan menangggggg......GO JAMBU!! GO JAMBU !!...hehehehe.....peace yawwww...



Penyampai Radio Tidak Dibenar Ke Udara Berhubung Kematian Jururawat Diraja

LONDON: Seorang jururawat di hospital yang merawat isteri Putera William, Catherine yang sedang mengandung, telah ditemui mati disyaki membunuh diri beberapa hari setelah menerima panggilan 'penyamaran dan usikan' dari stesen radio Australia.

Pasangan diraja berkata mereka "amat sedih" dengan kematian Jacintha Saldanha pada Jumaat, dan stesen radio mengumumkan pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap dua penyampainya yang membuat panggilan, sehingga notis selanjutnya.

Polis berkata kematian Saldanha tidak dapat dijelaskan tetapi tidak dianggap sebagai mencurigakan.

Majikannya, hospital swasta King Edward VII di pusat bandar London, enggan mengulas mengenai laporan media yang mendakwa bahawa dia telah mencabut nyawanya sendiri.

Saldanha telah menerima panggilan 'usikan' daripada dua penyampai yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth II dan bapa William Putera Charles, sebelum menyerahkan panggilan kepada rakan sekerja yang mendedahkan tentang butir-butir keadaan Kate.

Panggilan palsu itu telah menimbulkan kekecohan di media global, sehari selepas istana mendedahkan bahawa Kate telah hamil berikutan kemasukannya ke hospital pada hari Isnin dengan alahan yang teruk. Kate di hospital selama tiga malam.

Dalam apa yang digelar sebagai "gurauan diraja terbesar", penyampai Mel Greig dari stesen 2Day Sydney FM membuat panggilan ke hospital pada Selasa berpura-pura menjadi ratu dan meminta untuk bercakap dengan Kate Middleton.

Saldanha berkata, "Oh yes, just hold on, Ma'am", sebelum menyerahkan panggilan kepada jururawat lain yang mendedahkan tentang keadaan Kate.

Pemilik 2Day FM, Southern Cross Austereo (SCA) berkata Greig dan penyampai bersama Michael Kristian "kedua-duanya amat terkejut" menerima berita kematian Saldanha.

"SCA dan kedua penyampai telah memutuskan mereka tidak akan kembali kepada rancangan radio sehingga notis selanjutnya untuk apa yang hanya boleh digambarkan sebagai satu tragedi," stesen berkata dalam satu kenyataan.

Ketua eksekutif hospital, John Lofthouse, berkata kematian jururawat itu adalah "tragis".

"Jacintha adalah seorang jururawat kelas pertama yang menjaga beratus-ratus pesakit dengan bersungguh-sungguh semasa beliau dengan kami" sejak empat tahun lepas," katanya.

"Semua orang terkejut dengan kehilangan rakan sekerja yang amat disayangi dan dihargai."

Beliau berkata pihak hospital yang menjadi kegemaran kerabat selama bertahun-tahun, telah cuba untuk membantu Saldanha "melalui masanya yang amat sukar" selepas panggilan tersebut mencetuskan liputan media yang meluas.

Keluarga jururawat, yang dilaporkan mempunyai dua orang anak, merayu untuk privasi.

"Kami sebagai sebuah keluarga amat sedih dengan kehilangan Jacintha yang kami cintai," kata mereka dalam satu kenyataan.

Istana St James, pejabat William dan Kate, juga mengucapkan takziah dan menegaskan bahawa dia tidak mengadu tentang panggilan gurauan itu.

"The Duke dan Duchess of Cambridge amat sedih mengetahui kematian Jacintha Saldanha," menurut kenyataan istana.

Polis berkata, mereka telah menerima panggilan untuk ke alamat berhampiran hospital pada pagi Jumaat berikutan laporan bahawa seorang wanita tidak sedarkan diri, tetapi dia telah disahkan mati di tempat kejadian.

"Kematian itu dianggap sebagai tidak dapat dijelaskan," menurut satu kenyataan, manakala seorang jurucakap berkata keputusan bedah siasat akan diketahui hujung minggu ini.

Penyampai Australia telah menegaskan panggilan mereka adalah ringan dan Putera Charles juga berjenaka mengenai kejadian itu.

Tetapi berita kematian jururawat mencetuskan kemarahan di laman rangkaian sosial.

Lebih daripada 8,300 komen dibuat di halaman Facebook 2Day FM pada awal Sabtu, sesetengah mengatakan Greig dan Kristian pembunuh dan dengan marahnya menggesa mereka dibuang kerja.
 
-AFP

Sumber : mStar Online

Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Selepas Berjoging Di London.



LONDON: Seorang pelajar Felda dari Universiti Lim Kok Wing, Mohd Fazli Fadzillah, 24 yang meninggal dunia selepas berjoging pada Rabu lalu telah memberikan satu ucapan penuh emosi dalam satu majlis pada bulan lalu.

Dalam ucapannya allahyarham mengucapkan terima kasih kepada Felda kerana mengabulkan impiannya untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.


Allahyarham menyampaikan ucapannya di hadapan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan serta  Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad di kampus universiti berkenaan di London.

Dalam ucapannya, allahyarham berkata, “Masih segar lagi dalam ingatan saya hari bersejarah di mana saya telah dipilih antara 100 orang pelajar untuk melanjutkan pelajaran satu semester di luar negara. Sukar saya hendak mempercayainya. Sejak di sekolah menengah, saya mempunyai impian untuk menjejakkan kaki di negara ini, berjalan di kalangan warganya dan menghirup udara negara ini. Ia adalah satu impian yang menjadi kenyataan. Terima kasih Felda,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh dari pelajar-pelajar lain yang datang bersama-sama dengannya untuk melanjutkan pelajaran di tahun akhir di kampus Univerisiti Lim Kok Wing di London.


Semasa ucapannya, allahyarham mengimbau kembali pada hari pertama dia tiba di London, "Malam itu sejuk, saya teringatkan cuaca panas di Malaysia, saya rindukan kampung halaman, saya rindukan ayah, saya rindukan ibu, saya rindukan rakan-rakan, asam pedas ikan pari dan keropok lekor. Tetapi ini bukan satu percutian atau berbulan madu bagi kami. Kami mempunyai satu misi, kami perlu mengharungi banyak rintangan dan bersama kami perlu berubah untuk Felda dan negara kami Malaysia."


Ucapan bersemangat dan penuh emosi itu merupakan ucapan terakhir bagi pelajar Creative Imaging dan Digital Photography dari Felda Papan Timur, Johor, yang rebah dan meninggal dunia pagi semalam ketika menghadiri program empat hari Kepimpinan Belia Felda di Chingford.


Pengarah Pendidikan Malaysia di England dan Ireland, Dr Mohd Anizu Mohd Nor yang menghadiri program berkenaan yang bermula pada Selasa lalu berkata, allahyarham Fazli telah pergi berjoging pada paginya dan kembali semula pada pukul 8 pagi sebelum rebah di dewan makan. Bagaimanapun, allahyarham pulih dan mengambil secawan kopi lalu keluar semula sebelum rebah untuk kali kedua.


"Anggota paramedik dan seorang doktor yang tiba kemudian cuba memberikan bantuan perubatan namun allahyarham disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi," katanya.


Mayat mangsa telah dibawa ke pejabat koroner Essex dan Pengarah Pengembumian dari London Timur telah dihubungi bagi urusan membawa jenazah ke sebuah hospital. Mayat mangsa dijangka akan dibedah siasat sebelum dibawa pulang.

Dr Anizu juga berkata urusan untuk membawa dua orang ahli keluarga allahyarham telah dibuat dan salah seorang darinya adalah bapa allahyarham yang akan diterbangkan ke London.


Kejadian itu telah mengejutkan pelajar-pelajar lain yang berada di Pusat Aktiviti Gilwell, Chingford  dan ada di antara mereka yang menangis apabila mendengar berita tersebut.


Program tersebut kemudian diteruskan dengan bacaan doa untuk allahyarham Mohd Fazli.


p/s :Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Mohd Fazli Fadzillah yang telah kembali kerahmatullah pada rabu baru-baru ni...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang yang beriman..Al-Fatihah...


Kredit :  Laguna Merbok         Sumber Asal : NST 6 Dis 2012


Mc Donald's : Breakfast : Free Egg Mc Muffin

Assalammuailaikum...Selamat pagi semua.....Hari ni 19 Nov 2012 kan...Dengar citer Mc Donald's buat sarapan pagi percuma hari ini....




Hahaha....korang nak pi ke??? Nabila Takmau pi...Walaupon free...Tak ingin nabila nak makannya.....Sekarang ni semua rakan-rakan di facebook tak kira la facebook nabila ka or facebook orang lain ka sedang dok boikot McD ni......Bila teringat McD , teringat kat Israel dok buat kejam dengan rakyat Palestin...So, ramai-ramai la kita boikot McD.....BOIKOT!!! BOIKOT!!! heeeeeeeeeeeeeeeeeeee


p/s : Daripada kita boikot apa kata kita suruh kerajaan Malaysia sekat terus McD ni...Boikot ni sekejap jer..Pasni mesti ada yang pi..heeeeeee(biasalah perangai manusia..ceppat berubah)......Alang-alang boikot..kita sekat terus...Pastu kita buat business buger khas untuk rakyat malaysia...McD ni bukannya menguntungkan kita pon....Balik-balik yang untung tu ha puak-puak jahat tu.....

PBB Didesak Halang Israel


Palestin mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghalang operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza, yang mereka anggap tidak sah, selepas perancang utama pejuang Hamas, Ahmed Jabari terbunuh dalam serangan udara yang terbarunya ke atas wilayah Palestin itu.

Pada mesyuarat tertutup yang diadakan malam tadi , Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata,  Israel 'tidak beradab' dan bangga dengan tindakannya membunuh penduduk Palestin.

Mansour turut mendakwa Israel sedang  melakukan jenayah perang ke atas Palestin.

" Komuniti antarabangsa patut bertindak menamatkan polisi dan amalan tidak sah Israel ke atas Palestin', katanya.

Bagaimanapun, Israel  mendakwa serangan tersebut dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan roket oleh perjuang Palestin selama beberapa hari ke atas wilayahnya.

Duta Israel ke PBB, Ron Prosor sebelum itu berkata, tiada sesiapa yang membuat bantahan ketika pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke atas penduduk awam Israel, sambil menambah kata, tidak ada negara yang boleh bertolak ansur terhadap perbuatan seperti itu.

Dalam perkembangan lain di Gaza, sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin maut, selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Palestin itu hari ini, menyebabkan angka kematian dalam operasi ketenteraan terbaru Israel ke atas pejuang Palestin di Gaza meningkat kepada 11 orang, manakala lebih 100 lagi cedera.

Sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan anggota pergerakan itu dan mereka diserang ketika sedang menaiki kenderaan.

Serangan yang dimulakan Israel sejak semalam yang mengorbankan Jabari itu  diikuti dengan 60 lagi serangan udara, menyebabkan 5 terbunuh, 2 daripada mereka kanak-kanak, menurut Menteri Kesihatan Hamas, Mufid Mukhalalati pada satu sidang media,semalam.- AFP

- Sumber : Utusan -


 ~ P/s : Subuh Nanti bacakan qunut nazilah dan terus bacakan saban hari sehingga hancur musnah musuh-musuh Allah ini....

~ Ya Allah, Selamatkanlah dan lindungilah saudara-saudara kami di Palestin.....Berikanlah kekuatan kepada mereka untuk menangkis segala serang-serangan musuh yang amat kejam.....



Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka 

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan2 mereka

Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka

Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,

Wahai tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai tuhan yang mengarakkan awan

Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.



Pluralisme Dan Liberalisme Gugat Akidah Umat Islam

DATUK DR. AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)


SEMINAR Dakwah Nasional baru-baru ini memutuskan tiga resolusi yang memerlukan tindakan segera bagi membendung umat Islam di Malaysia terus terjebak dengan pelbagai dakyah dan tribulasi pemikiran sehingga boleh menyebabkan kehidupan beragama sebagai satu pilihan peribadi dan bersifat personal.

Resolusi pertama berkaitan menularnya pelbagai aliran pemikiran dan falsafah yang bercanggah dengan akidah Islam antaranya fahaman Syiah, falsafah liberalisme dan pluralisme agama, falsafah kebebasan mutlak dan rasionalisme tanpa batas. Aliran pemikiran itu boleh mengakibatkan keyakinan terhadap agama akan berubah, kerana fahaman tersebut membawa kepada persoalan rasionalisme tanpa had dan kemunasabahan yang mujarad.

Resolusi kedua memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara manakala resolusi ketiga ialah dakwah sebagai tonggak kekuatan ummah.

Bagi menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak menjadi "ketegangan politik dan kepentingan", setiap rakyat bertanggungjawab untuk tidak mengeluarkan pelbagai komen yang boleh mencetuskan kekeliruan, semua pihak berusaha memperkasakannya dengan mengambil inisiatif memelihara dan melaksanakan dasar yang selaras dengan prinsip Islam dan kedudukannya sebagai agama rasmi Persekutuan.

Bagi menggerakkan resolusi ketiga, semua pihak dari agensi kerajaan hinggalah pertubuhan bukan kerajaan perlu melaksanakan dakwah secara bersepadu dengan mewujudkan sebuah urus setia dakwah dan membentuk kurikulum dan modul dakwah di samping menubuhkan sebuah badan bagi mengumpulkan semua ulama menerusi Majlis Ulama Kebangsaan.

Antara ketiga resolusi, resolusi pertama merupakan keputusan yang amat sukar dilaksanakan kerana ia melibatkan pemugaran pemikiran umat Islam daripada sebarang fahaman dan falsafah yang sentiasa diperbaharui oleh banyak pihak, termasuk cendekiawan Islam sendiri hasil ketakjuban mereka kepada pemikiran ilmiah yang dikembangkan oleh Barat. Pada hakikatnya, pemugaran pemikiran mempunyai asas kukuh dalam lintas sejarah Islam itu sendiri.

Pengamat Islam terkenal, John L Esposito pernah menyebut bahawa zaman kegemilangan dan kejayaan Islam terakam pada era Abbasiyah di mana rakyat dan umat Islam terbiasa dihidangkan oleh pelbagai macam pemikiran dan keilmuan yang terhasil daripada karya-karya kaum cerdik pandai dan kaum intelektual. Dengan adanya budaya cinta ilmu inilah, masyarakat Islam pada era itu banyak menyumbangkan idea dan gagasan kemajuan yang kemudiannya dicedok oleh ilmuan Barat.

Pertembungan pemikiran rasionalisme yang berasal daripada falsafah pemikiran Yunani itu sebenarnya diperkemaskan menerusi penemuan-penemuan baharu berdasarkan penyelidikan dan penciptaan pengetahuan yang memisahkan falsafah agama. Bahasan pemikiran yang bersifat rasional itu kemudiannya berkembang menjadi falsafah pemikiran sekular yang menolak agama kerana agama dilihat sebagai faktor yang tidak menyumbang kepada perubahan dan kemajuan.

Falsafah itu kemudiannya cuba digunakan sebagai senjata untuk melemahkan tradisi keintelektualan Islam apabila belenggu kegelapan yang melanda Eropah sejak doktrin gereja "memenjarakan kreativiti manusia" kerana tradisi agama dan keilmuan Islam telah muncul sebagai faktor kekuatan dan ketamadunan.

Ketekunan para orientalis melihat kepada kedalaman ilmu-ilmu Islam itu melahirkan keinginan untuk memintasnya dengan membina semula asas-asas berdasarkan prinsip logik yang terpisah dan berasingan dengan konsep keimanan. Bagaimanapun, tidak semua percubaan itu menemui kejayaan sehinggalah tradisi ilmiah Barat menemukan semula kehebatannya sehingga menyebabkan lebih ramai umat Islam menuju ke Barat untuk belajar manakala tradisi pendidikan Islam masih tidak berubah. Hasil penjajahan yang lama, ramai masyarakat Islam mula menilai bahawa ilmu pengetahuan yang berkembang di Barat itulah yang boleh memenuhi tuntutan moden kerana ia adalah lebih praktikal dan bersifat teknikal.

Pada 1970-an dan 1980-an, hasil tradisi rasionalisme ilmiah Barat, ramai tokoh agama mula mencari bentuk universalisme pelbagai agama berdasarkan nilai-nilai baik yang boleh dikongsikan bersama. Awal 1990-an, nilai-nilai kesejagatan antara agama itu tidak banyak diperkatakan sehinggalah muncul kebimbangan baharu pada 1995 menerusi teori "pertembungan peradaban", yakni Islam dituduh sebagai ancaman utama kepada kapitalisme-liberal.

Serangan pemikiran itu kemudiannya disusuli dengan tindakan yang lebih keras menerusi "perang istilah" sehingga menampakkan apa yang terkandung dalam prinsip Islam sebagai sesuatu yang perlu dilenyapkan kerana ia mengundang kepada konflik, pergaduhan dan sengketa. Dunia tidak akan aman selagi Islam tidak dimusnahkan.

Untuk memusnahkan keyakinan umat Islam, serangan hendaklah diperhebatkan menerusi pertembungan falsafah dan asas pemikiran. Pengalaman ketika menjajah negara-negara Islam secara fizikal dijadikan petunjuk bahawa keyakinan umat Islam tidak mudah terjejas oleh kerana keyakinan keimanan mereka adalah kental. Atas kesedaran itu mereka mula menggunakan ketajaman berfikir untuk mengubah asas falsafah agama sehingga menyakinkan sebahagian besar generasi intelektual muslim yang terdedah dengan asas pengetahuan Barat. Gerakan itu semakin hari semakin berjaya apabila ramai intelektual muslim mula tergugat asas falsafah agamanya sehingga tanpa disedari memperkembangkan liberalisme dan pluralisme agama.

Beberapa tahun lalu, aliran pemikiran liberalisme dan pluralisme agama tidak begitu berkembang di Malaysia berbanding Indonesia. Hari ini, dalam perkembangan teknologi yang serba canggih dan dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia semakin kehilangan ketahanan pemikiran dan asas falsafah Islam sehingga segelintir pemimpin Islam mula berkecamuk dengan paradok.

Atas pemahaman mereka yang semakin silap mengenai konsep kemajmukan, menyebabkan mereka melihat semua agama mempunyai nilai sama, yakni mengajak manusia melakukan kebaikan dan hidup secara aman. Perbezaannya adalah dari segi amalan, tetapi destinasinya adalah sama dan mula menggunakan pemahaman yang cetek terhadap beberapa ayat al-Quran tanpa mengikut konteksnya bagi mewajarkan pendirian tersebut. Misalnya, pendirian "tiada paksaan dalam beragama" disama ertikan sebagai setiap orang tidak diwajibkan bersembahyang lima kali sehari kerana sembahyang itu hak individu. Ini adalah bercanggah dengan keyakinan awal umat Islam bahawa "sembahyang itu adalah tiang agama." Makna, sesebuah rumah akan runtuh apabila tiangnya runtuh. Seseorang itu akan terkeluar dari agamanya jika tidak bersembahyang.

Setiap orang Islam perlu memahami bahawa pluralisme dan liberalisme agama yang sedang berkembang di Malaysia bukan sahaja merupakan agenda Barat dalam siri penjahahan bentuk baharu bahkan ia merupakan strategi untuk menghancurkan Islam menerusi rasionalisme ilmiah berdasarkan kaedah serangan pemikiran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...