Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7
Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap
Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah
merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia
tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam
lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik
dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan
terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan
undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Keterangan/Hujah:
1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada
Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh
orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu
oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang
dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala
Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang
kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu,
lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang
merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan
Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
2.
Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal
Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang
dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam
bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek.
Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan
juga Yhwh.
3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan
mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang
digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
4. Perintah
mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan
bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan
yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri
tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak
berkuasa agama di negara ini.
5. Walaupun dari segi sejarah
kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun
penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya.
Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan
syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
6. Kalimah
Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah.
Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap
membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata
untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan
mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama
kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara
yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat
merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah
adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama
adalah sama.
8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam
Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang
diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai
Allah.
9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam
ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib
menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh
Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah
oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan,
tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai
gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi
negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga
maruah agama.
No comments:
Post a Comment
~ Assalammuailaikum ~
~ Dah Baca Entry?? ~
~ Kalau Dah Baca...Komen La Banyak-Banyak Yer ~
~ Terima Kasih ~