Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts
Lawak : Cerita Kedai Kopi : GST
ebai Malang: "Belalang,kau ada buka Pesbuk tak semalam?
Pak Belalang: "Ada je, kenapa?"
Lebai Malang: "Aku baca kenyataan Pegawai KPJ Healthcare,katanya kos perubatan akan meningkat selepas GST,ish tak boleh jadi ni!"
Pak Belalang: "Alahai lebai,selama ini kau kalau sakit pergi Hospital Tawakkal ke? Ke Prince Court?"
Lebai Malang: "Jangan lah perli aku Belalang,mana la aku mampu gi hospital swasta macam itu"
Pak Belalang: "Haa... tahu pun.Kenyataan dia tu tak salah,tapi GST hanya dikenakan pada Pusat Perubatan Swasta.
Kalau setakat sakit sikit-sikit
berkadarlah dengan kemampuan kita,pergi hospital gomen baru bayar seringgit je"
Lebai Malang: "Alah,hospital gomen servis bukan bagus pun!"
Pak Belalang: "Memang bukan yang terbaik dan kita harapkan ada peningkatan,tapi apa yang kita bayar tu tersangat kurang berbanding apa yang dah disubsidi,kalau banyak sangat tak puas hati,bayar sendiri,boleh?
Lebai Malang: " Errr......"
Pak Belalang: " Hai lah lebai....gitulah selalu,cakap besar tapi apa pun tak ada,haihhhh!"
Labels:
Cerita,
Isu Semasa,
Photo
Kisah Jenaka Suami Isteri : Rebut Remote Control
Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv. Si suami suka tengok bola, manakala si isteri suka tengok rancangan masak2. Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar.. kejap bola kejap rancangan masak-masak.. bunyi tv tu jadi tidak menentu macam ni..
" Satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL... 5 ulas bawang putih BERDIRI OFSIDE... daging di rebus oleh REFREE sampai empuk... masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk... BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak... GOAL KEEPER ditusuk jadi sate... PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... "
*Jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu... pelik bebenor bunyinya... dunia2.
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Cinta Itu Hadir Kerana Perkenalan...
Bersemi Kerana Perhatian...
Bertahan Kerana Kesetiaan...
Namun Cinta Itu Bisa Gugur...
Kerana Satu Kebohongan....
Labels:
Cerita,
Kata-Kata Motivasi,
Photo
Wanita Muda Bercinta Dengan Lelaki Separuh Abad
Pertama sekali, apa yang terlintas dalam fikiran masyarakat mengenai perhubungan jenis ini?
“Eh, macam anak dengan ayah”
“Entah entah ambil suami orang!”
Hehe, macam macam kan? Selagi kita hidup, selagi itulah kita tidak akan dapat menutup mulut orang lain. Jadi abaikan saja. Tak salah pun kalau korang yang masih muda ini berkahwin dengan lelaki separuh abad. Asalkan korang tidak merampas hak orang lain atau mengganggu rumah tangga orang lain.
Lelaki separuh abad ini kadang kala lebih bertanggungjawab daripada lelaki muda. Tidak kiralah lelaki separuh abad itu duda atau masih bujang. Tiada masalah asalkan korang dan pasangan tahu tanggungjawab masing masing.
Ada orang kata, wanita yang berkahwin dengan lelaki yang sudah berumur ini bertuah kerana sifat lelaki sebegitu yang lebih penyayang dan romantik berbanding lelaki muda. Ada betulnya kerana lelaki yang sudah berusia pastinya mempunyai pengalaman yang lebih daripada lelaki muda. Itu satu bonus buat korang. Mereka juga dikatakan lebih memahami dan penyabar. Jadi jangan risau dengan kata kata orang lain.
Salah satu masalah yang mungkin timbul adalah penerimaan keluarga korang apabila korang berbuat keputusan untuk mengahwini lelaki yang berusia jauh lebih tua. Di sini, korang perlu mengambil pendekatan memujuk keluarga korang supaya menerima pilihan korang tu.
Pasangan korang pun perlu ambil pendekatan yang sama. Ambil hati keluarga anda dan tonjolkanlah kelebihan yang ada pada pasangan korang. Buktikan yang pasangan korang adalah seorang yang bertanggungjawab dan tidak akan mensia sia kan korang.
Sebagai seorang anak, korang juga kena faham bukan mudah untuk keluarga korang menerima keputusan yang sebegitu. Itu lumrah kerana setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka. Janganlah khuatir. Berusahalah sehabis baik supaya keluarga korang dapat menerima keputusan korang.
Korang juga perlu belajar untuk ambil hati keluarga pasangan, bukan pasangan saja yang perlu ambil hati keluarga korang. Give and take dalam perhubungan, itu yang terbaik.

Cerita
Asal Usul Tangkuban Perahu
Di Jawa Barat tempatnya di Kabupaten Bandung terdapat sebuah tempat rekreasi yang sangat indah iaitu Gunung Tangkuban Perahu. Tangkuban Perahu ertinya adalah perahu yang terbalik. Diberi nama seperti itu kerana bentuknya memang menyerupai perahu yang terbalik. Konon menurut cerita rakyat parahyangan gunung itu memang merupakan perahu yang terbalik. Berikut ini ceritanya.
Beribu-ribu tahun yang lalu, tanah Parahyangan dipimpin oleh seorang raja dan seorang ratu yang hanya mempunyai seorang putri. Putri itu bernama Dayang Sumbi. Dia sangat cantik dan cerdas, sayangnya dia sangat manja. Pada suatu hari saat sedang menenun di beranda istana, Dayang Sumbi merasa lemas dan pusing. Dia menjatuhkan pintalan benangnya ke lantai berkali-kali. Saat pintalannya jatuh untuk kesekian kalinya Dayang Sumbi menjadi marah lalu bersumpah, dia akan menikahi siapapun yang mau mengambilkan pintalannya itu. Tepat setelah kata-kata sumpah itu diucapkan, datang seekor anjing sakti yang bernama Tumang dan menyerahkan pintalan itu ke tangan Dayang Sumbi. Maka mau tak mau, sesuai dengan sumpahnya, Dayang Sumbi harus menikahi Anjing tersebut.
Dayang Sumbi dan Tumang hidup berbahagia hingga mereka dikaruniai seorang anak yang berupa anak manusia tapi memiliki kekuatan sakti seperti ayahnya. Anak ini diberi nama Sangkuriang. Dalam masa pertumbuhannya, Sangkuring se lalu ditemani bermain oleh seekor anjing yang bernama Tumang yang dia ketahui hanya sebagai anjing yang setia, bukan sebagai ayahnya. Sangkuriang tumbuh menjadi seorang pemuda yang tampan dan gagah perkasa.
Pada suatu hari Dayang Sumbi menyuruh anaknya pergi bersama anjingnya untuk berburu rusa untuk keperluan suatu pesta. Setelah beberapa lama mencari tanpa hasil, Sangkuriang merasa putus asa, tapi dia tidak ingin mengecewakan ibunya. Maka dengan sangat terpaksa dia mengambil sebatang panah dan mengarahkannya pada Tumang. Setibanya di rumah dia menyerahkan daging Tumang pada ibunya. dayanng Sumbi yang mengira daging itu adalah daging rusa, merasa gembira atas keberhasilan anaknya.
Segera setelah pesta usai Dayang Sumbi teringat pada Tumang dan bertanya pada pada anaknya dimana Tumang berada. Pada mulanya Sangkuriang merasa takut, tapa akhirnya dia mengatakan apa yang telah terjadi pada ibunya. Dayang Sumbi menjadi sangat murka, dalam kemarahannya dia memukul Sangkuriang hingga pingsan tepat di keningnya. Atas perbuatannya itu Dayang Sumbi diusir keluar dari kerajaan oleh ayahnya. Untungnya Sangkuriang sadar kembali tapi pukulan ibunya meninggalkan bekas luka yang sangat lebar di keningnya.Setelah dewasa, Sangkuriang pun pergi mengembara untuk mengetahui keadaan dunia luar.
Beberapa tahun kemudian, Sangkuriang bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik. Segera saja dia jatuh cinta pada wanita tersebut. Wanita itu adalah ibunya sendiri, tapi mereka tidak saling mengenali satu sama lainnya. Sangkuriang melamarnya, Dayang Sumbi pun menerima dengan senang hati. Sehari sebelum hari pernikahan, saat sedang mengelus rambut tunangannya, Dayang Sumbi melihat bekas luka yang lebar di dahi Sangkuriang, akhirnya dia menyadari bahwa dia hampir menikahi putranya sendiri. Mengetahui hal tersebut Dayang Sumbi berusaha menggagalkan pernikahannya. Setelah berpikir keras dia akhirnya memutuskan untuk mengajukan syarat perkawinan yang tak mungkin dikabulkan oleh Sangkuriang. Syaratnya adalah: Sangkuriang harus membuat sebuah bendungan yang bisa menutupi seluruh bukit lalu membuat sebuah perahu untuk menyusuri bendungan tersebut. Semua itu harus sudah selesai sebelum fajar menyingsing.
Sangkuriang mulai bekerja. Cintanya yang begitu besar pada Sangkuriang memberinya suatu kekuatan aneh. Tak lupa dia juga menggunakan kekuatan yang dia dapat dari ayahnya untuk memanggil jin-jin dan membantunya. Dengan lumpur dan tanah mereka membendung air dari sungai dan mata air. Beberapa saat sebelum fajar, Sangkuriang menebang sebatang pohon besar untuk membuat sebuah perahu. Ketika Dayang Sumbi melihat bahwa Sangkuriang hampir menyelesaikan pekerjaannya, dia berdoa pada dewa-dewa untuk merintangi pekerjaan anaknya dan mempercepat datangnya pagi.
Ayam jantan berkokok, matahari terbit lebih cepat dari biasanya dan Sangkuriang menyadari bahwa dia telah ditipu. Dengan sangat marah dia mengutuk Dayang Sumbi dan menendang perahu buatannya yang hampir jadi ke tengah hutan. Perahu itu berada disana dalam keadaan terbalik, dan membentuk Gunung Tangkuban Perahu(perahu yang menelungkub). Tidak jauh dari tempat itu terdapat tunggul pohon sisa dari tebangan Sangkuriang, sekarang kita mengenalnya sebagai Bukit Tunggul. Bendungan yang dibuat Sangkuriang menyebabkan seluruh bukit dipenuhi air dan membentuk sebuah danau dimana Sangkuriang dan Dayang Sumbi menenggelamkan diri dan tidak terdengar lagi kabarnya hingga kini.
Kisah Pengajaran
Kisah pengajaran, Nauzubillah, menitis air mata membaca kisah ini...
'Mak,mana baju sue.dah cuci ke belum?'..soal sue dengan kasar kepada ibunya.
'Maaf.mak baru jemur tadi.badan mak sakit2 nak..',jawab makcik timah dgn nada yang lemah.
'Mak nie kan,kalau dah menumpang buatlah cara menumpang.benda mudah pun tak tahu..issh.menyusahkan..',herdik sue kepada ibunya.
'sampai hati kau ckp aku mcm nie sue.aku nie mak kau,bukan org
lain..',kata makcik timah lagi.berlinang air matanya,saat diherdik oleh
anaknya sendiri.
'suka hati maklah.saya nak pergi kerja nie..jaga anak2 sue tu..',perintah sue dengan nada yang kasar.
Sue dan suami nya pun pergi kerja.semasa dalam perjalanan pergi ke
kerja,tiba2 mereka kemalangan.kemalangan nya agak teruk.sehinggakan
suami sue meninggal dunia,dan sue pulak cedera parah.dirumah pula,makcik
timah sibuk melayan cucu2nya.tiba2 telefon berdering.
'hello,nie rumah puan suzana binti ibrahim ke??',tanya si pemanggil tersebut.
'ye,dia anak saya.saya ibunya.kenapa encik..',soal makcik timah lagi.
'anak dan menantu makcik kemalangan.menantu makcik dah xde.anak makcik keadaan die teruk..',jawab si pemanggil dgn nada lembut.
Makcik timah terkejut bila mendapat tahu perkara tersebut.makcik timah
pun cuba meminta bantuan kepada jiran2nya.tetapi malangnya,hanya jiran
nya yang suri rumah shj dirumah.kebetulan jiran tersebut,xde
kereta.sebab suami jiran tersebut sedang pergi ke kerja.terpaksa makcik
timah meminta tolong kpd jirannya td utk menjaga cucu2nya,kerana dia nak
pergi ke hospital menggunakan teksi.semasa dlm perjalanan mencari
teksi,tiba2 makcik timah dilanggar kereta.tapi malangnya,makcik timah
terus mhembus nafas nya yang terakhir ditempat kejadian tersebut..tidak
sempat dia melawat anaknya yang terlantar di hospital.
Dihospital pula,keadaan sue semakin teruk dan nazak.hanya menunggu saat
dia utk mhembuskan nafas terakhirnya..keadaan nafas sue semakin
sesak.doctor,polis dan nurse telah mendapat tahu bahawa ibu sue
kemalangan dan meninggal dunia ditempat kejadian.dada sue semakin rancak
bergerak,kerana susah utk bernafas.Tepat pukul 10:00 pagi,sue menghembus
nafas terakhir,tanpa sempat mengucap 2kalimah syahadah dan juga memohon
maaf kepada ibunya..
Hormatilah ibu kita..kerana syurga dibawah
tapak kaki ibu kita.jadilah anak yang soleh/solehah..jauhkan diri dari
sifat derhaka kepada ibu.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda 'sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu..'(HR Bukhari)
DOA PEMBANGKIT DERIA KEENAM
Assalammuailaikum,
Malam ni nabila nak bagi doa pembangkit deria keenam...Tapi sebelum tu nabila nak cerita sikit apa itu deria keenam....Deria keenam ataupon orang memanggilnya mata ketiga yang berada di tengah-tengah dari korang atau dikenali juga sebagai hijab mata... Dengan adanya deria keenam ni korang boleh lihat makhluk-makhluk yang menakutkan or makhluk yang korang tak boleh nampak....Wallahualam.... Nak senang citer korang tengok sendiri filem al hijab ka apa yang dilakonkan pierre andre..Apa yang berlaku bila dia bukak hijab mata dia..Macam itulah yang akan berlaku bila korang bukak korang punya hijab mata....
Deria Keenam adalah suatu medium perantaraan di mana minda kita mampu berhubung dengan seseorang atau sesuatu menjangkaui sempadan, jarak dan masa. Sebagai contoh ketika kita sedang memikirkan seseorang di suatu tempat, minda kita sedang fokus tentang dia, tiba-tiba sahaja mobile fon kita berbunyi dan kita lihat dia yang call kita dan kita merasakan seperti suatu keajaiban. Itulah contoh Sixth Sense bila dua gelombang minda (kita & dia) berhubung. - Sumber
Doa Pembangkit Deria Keenam :
Astaghfirullah al Azim 100x
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad 100x
La hau la wala quwwata illa billah 100x
Ya Allah Ya Qadim 100x
Nasihat nabila kepada sesiapa yang rasa diri dia tu tak kuat iman or kata erti lain atau ayat kasar iaitu penakut, baik jangan amalkannya ..Bukan apa nanti dah bukak , susah kita nak tutup balik mata ketiga or hijab mata tu balik... Sesiapa yang berani dan ingin cuba..silakan..Tapi cara untuk tutupnya nabila tak tau...hehehe..Kalau yang berani bukak tu gunakanlah untuk tujuan yang baik-baik yer.... Semoga Allah melindungi kita dan merahmati kita semua...aminnnnn...
Salasilah Keturunan Long Kassim (Opah : Ayah)
Haji Long Kassim Bin Ngah Banja Jugra
Hajjah Asiah Bt Uda Maarof
V
V
Nyah Zawiyah
Alang Mohd Yassin
V
V
Hajjah Andak Pisah
Haji Mohd Tajuddin
V
V
Hajjah Alang Hamsiah (moyang opah)
Syarip Hassan
V
VHaji Bani Hassan
Hajjah Hasiah Kulop Mohd
V
V
Mohd Hussin Zawiyah
Hajjah Puteh Sepiah Osman
V
V
Toh Pn Hajjah Fatimah
Haji Meor Yahya
Wakaf Hj Long Kassim Mekah
Latar Belakang(sejarah)
Nama Penuh : Hj Long Mohd Kassim Bin Ngah Banja Jugra Bin Pandak Maon Bin Panglima Kinta Ngah Sudin Bin Panglima Kinta Tok Paloh..Meninggal dunia pada tahun 1912 di ipoh dan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Paloh Ipoh...Nama Isteri : Hajjah Asiah Bt Ud Maarof
Anak-anak - 6 orang (4 perempuan & 2 lelaki) : Ngah Zawiyah , Hajjah Andak Pisah , Hajjah Alang Hamsiah , Haji Bani Hassan , Mohd Hussin , Toh Puan Hajjah Fatimah
Menantu - 7 orang (4 lelaki & 3 perempuan) : Alang Mohd Yassin , Hj Mohd Tajuddin , Syarip Hassan , Hj Meor Yahya , Hajjah Hasiah Kulop Mohd , Pn Zawiyah dan Hajjah Puteh Sepiah Osman
Harta Peninggalan (Wakaf) :
Sebidang tanah dan sebuah bangunan 3 tingkat di Hoshbishi Jiad, Mekah(Kawasan Masjidil Haram) telah diambil alih oleh kerajaan Saudi Arabia pada tahun 1981 kerana projek mebesar jalan raya dan pembangunan di sekitar kawasan masjidil haram...Atas usaha sahabat karib allahyarham long kassim iaitu mohammad rodzi bin mat tamat seorang yang berasal dari tambun,perak tetapi menetap dimekah dan menjadi warga negara saudi arabia, pihak kerajaan saudi arabia membayar pampasan keatas tanah tersebut...dengan wang pampasan yang diperolehi dari kerajaan saudi arabia dan juga dengan usaha Tn Hj Mohamad Rodzi setelah mendapat persetujuan dari waris long kassim maka beliau telah membeli sebidang tanah di kawasan aziziah di jabal thor serta mendirikan bangunan 4 tingkat..Lebihan wang itu diserahkan kepada waris long kassim melalui bendahari jawatankuasa wakaf long kassim iaitu Tn Hj Ahmad Taufik B Abd Rahim...Bangunan tersebut kini disewakan.....
Faedah-Faedah Kebajikan :
1) Kematian - Rm 300
2) Sakit/Kemalangan - Rm 200
3) Kelahiran - Rm 100
4) Mengerjakan Umrah - setiap 2 atau 3 tahun sekali mengikut kemampuan kewangan tabung kebajikan
kuota : 2 orang dari setiap waris
Bangunan kedai dan appartment 4 tingkat milik Hj Long Mohd kasim Bin Ngah Banja jagra (Mekah)
Salasilah Keturunan Pandak Pandang (Atuk : Mama)
Pandak Mat Shah
Pandak Pandang : Isteri
Anak - Anak
1. Kulup Sareh : Alang Milah (Isteri)
2. Ngah Hamid : Nuteh (Isteri)
3. Alang Musit : Long Kiah ( Isteri Pertama ) & Uteh (Isteri Kedua) - My Moyang
4. Mat Jusi : Alang Tipah (Isteri Pertama) & Puteh (Isteri Kedua)
5. Pandak Arifin : Teh Meja (Isteri)
6. Itam Jasi : Itam Sofiah (Isteri)
7. Teh Tunggal : Alang Jusuh (Suami)
8. Abd Rashid : Teh Kalsum (Isteri)
Cucu-Cucu
1. Long & Ngah Bunut
2. Teh Tepo & Pandak Yatim
3. Ropeah , Yah Bidan , Andak , Mohd Ali Piah , Puteh Kamilah - (Isteri Pertama)
Ibrahim , Jawirah , Talib Ali , Insah - (Isteri Kedua)
4. Long Sareah , Teah , Ahmad , Sariah - (Isteri Pertama)
Din , Hussin , Abd Rahim , Kalsum - (Isteri Kedua)
5. Kulup Mat Lana , Kenap , Sharipah , Pandak Yaakup , Jenab , Puteh Rahmah
6. Kulup Nordin , Bahaudin , Mat Din , Mohd Dawi
7. Abd Rahman , Baayah , Rokiah , Ibrahim , Fatimah , Mansiah
8. Arpah , Hussin , Yahya , Zainab , Zamiah , Mashitah
Isteri Perleter Handalan
Ada seorang suami
yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari
isterinya akan berleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah
jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit,
berleter. Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu,
si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat
jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya
mengubat pelbagai penyakit.
Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami. "Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq?".
"Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".
"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam".
"Itu saja ke haji?"
"Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."
"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".
Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter. "Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."
Olah kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yg diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya.
Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".
Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam.
Si suami pun pulang ke rumah. Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah. Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia.
Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad. "Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?".
"Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."
Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas. Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu.... Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas.. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar. Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa.
Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"
Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.
"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"
Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku ingat nak pindah pergi ambil angin diluar.. tp memandangkan kau dah ada kt sini, kau ambillah dia kat bawah tu cpt2 sket.... . Aku pun dah tak tahan lagi dah".

Kelebihan Berumah Tangga
Assalammuailaikum semua..Hari ni nabila nak cerita sikit..Cerita pasal kelebihan apabila berumah tangga ni...
Diantara kelebihannya ialah :
1. Saat akad nikah - dapat PAHALA!
2. Suami peluk isteri - dapat PAHALA!
3. Suami cium isteri - dapat PAHALA!
4. Suami renung isteri - dapat PAHALA!
5. Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri - PAHALA!
6. Suami bernafsu tengok isteri - PAHALA!
7. Suami pegang-pegang isteri - PAHALA!
8. Suami marah isteri (untuk menegur) - PAHALA!
9. Suami imamkan isteri - BERLIPAT KALI GANDA PAHALA!
10. Suami ajar isteri fardhu ain - PAHALA!
11. Suami setubuhi isteri - PAHALA!
12. Suami main kenyit-kenyit mata dengan isteri - PAHALA!
p/s : Banyaknya sungguh pahala bila berumah tangga ni...kepada sesiapa yang belum berumah tangga lagi tu , kahwin la cepat-cepat..(nasihat termasuk diriku ini juga...hehe)
SINOPSIS WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
Amir Mukhlis
adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan
dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan
antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan
atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham
asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan
memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar
nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya
amat tinggi terhadap pelajaran.
Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.
Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.
Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.
Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.
Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)
Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.
Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.
Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.
Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.
Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.
Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.
Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.
Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.
Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.
Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.
Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.
Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.
Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.
Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.
Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.
Sekian. SUMBER : A. UBAIDILLAH ALIAS

Kasih Sayang Tiada Noktah
Ada kisah yang ingin dikongsikan di sini. Kisah seorang anak yang sanngup berkorban untuk menjaga bapanya yang sedang menderita sakit buah pinggang walaupun terpaksa berjauhan dengan suami tercinta. Ibunya telah meninggal dunia sejak dua tahun yang lalu.
Tiga hari seminggu, dia akan membawa bapanya ke pusat dialisis untuk menjalani rawatan. Setiap keperluan bapanya di urus dengan baik. Walaupun mempunyai adik-beradik yang lain, tetapi bapanya amat selesa dengan anak perempuannya yang seorang ini. Setiap kali dia menghantar bapanya untuk menjalani rawatan, segala keperluan untuk bapanya di penuhi, antaranya menyuapkan makan, memakaikan stoking dan lain-lain.
Kalau di lihat kerja itu memang nampak mudah, tetapi melayan kerenah orang tua, bukan semudah yang disangkakan. Kita perlu banyak bersabar, begitu juga, ibu bapa bersabar membesarkan kita sehingga kita dewasa. Tetapi berapa ramai anak yang sanggup untuk menghabiskan masa menjaga orang tua walaupun mempunyai segulung ijazah .
Adakah kita mampu untuk menjaga ibu bapa kita seperti itu? Belum tentu lagi kita mampu untuk melakukannya. Sekarang mungkin kita akan kata kita mampu untuk menjaga ibubapa kita, tetapi bila tiba masanya, kemana kita pada waktu itu. Sibuk mencari wang sehingga mengabaikan kedua ibu bapa kita.
Cuba fikirkan sejenak, berapa kali kita melawat ibu bapa kita, itu pun setahun sekali pada hari raya. Dan yang menetap bersama ibu bapa, sejauh mana kita telah berbakti kepada mereka. Membantu meringankan kerja mereka dirumah, itupun sudah cukup melapangkan hati mereka melihat anak membantu keperluan di rumah selain bantuan kewangan. Tetapi persoalannya, adakah kita melakukannya?.
Banyak bukti menunjukkan bahawa berbakti kepada kedua ibubapa adalah persoalan penting dalam islam. Allah menegaskan hal ini dalam firmannya:
"Allah telah menetapkan agar kalian tidak beribadah selain kepada-Nya; dan hendaklah kalian berbakti kepada kedua ibubapa". (Al-Isra' :23)
Allah talah meletakkan keredhaan-Nya pada keredhaan ibubapa.Rasul bersabda ;
"keredhaan Allah bergantung pada keredhaan kedua ibubapa.Kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan ibubapa" (HR.BUKHARI DAN MUSLIM)
Marilah kita sama-sama renungkan pengorbanan ibu bapa kita yang tiada penamatnya. Jasa mereka tidak mampu kita balas walaupun dengan jutaan wang ringgit. Apa yang penting, kasih sayang kita pada mereka yang tiada hentinya. Doakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat, Jadi lah anak yang tahu mengenang jasa ibubapa. Hargailah pengorbanan mereka.
- Artikel iluvislam.com -
Subscribe to:
Posts (Atom)