Pertama sekali, apa yang terlintas dalam fikiran masyarakat mengenai perhubungan jenis ini?
“Eh, macam anak dengan ayah”
“Entah entah ambil suami orang!”
Hehe, macam macam kan? Selagi kita hidup, selagi itulah kita tidak
akan dapat menutup mulut orang lain. Jadi abaikan saja. Tak salah pun
kalau korang yang masih muda ini berkahwin dengan lelaki separuh abad.
Asalkan korang tidak merampas hak orang lain atau mengganggu rumah
tangga orang lain.
Lelaki separuh abad ini kadang kala lebih bertanggungjawab daripada
lelaki muda. Tidak kiralah lelaki separuh abad itu duda atau masih
bujang. Tiada masalah asalkan korang dan pasangan tahu tanggungjawab
masing masing.
Ada orang kata, wanita yang berkahwin dengan lelaki yang sudah
berumur ini bertuah kerana sifat lelaki sebegitu yang lebih penyayang
dan romantik berbanding lelaki muda. Ada betulnya kerana lelaki yang
sudah berusia pastinya mempunyai pengalaman yang lebih daripada lelaki
muda. Itu satu bonus buat korang. Mereka juga dikatakan lebih memahami
dan penyabar. Jadi jangan risau dengan kata kata orang lain.
Salah satu masalah yang mungkin timbul adalah penerimaan keluarga
korang apabila korang berbuat keputusan untuk mengahwini lelaki yang
berusia jauh lebih tua. Di sini, korang perlu mengambil pendekatan
memujuk keluarga korang supaya menerima pilihan korang tu.
Pasangan korang pun perlu ambil pendekatan yang sama. Ambil hati
keluarga anda dan tonjolkanlah kelebihan yang ada pada pasangan korang.
Buktikan yang pasangan korang adalah seorang yang bertanggungjawab dan
tidak akan mensia sia kan korang.
Sebagai seorang anak, korang juga kena faham bukan mudah untuk
keluarga korang menerima keputusan yang sebegitu. Itu lumrah kerana
setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka. Janganlah
khuatir. Berusahalah sehabis baik supaya keluarga korang dapat menerima
keputusan korang.
Korang juga perlu belajar untuk ambil hati keluarga pasangan, bukan
pasangan saja yang perlu ambil hati keluarga korang. Give and take dalam
perhubungan, itu yang terbaik.
No comments:
Post a Comment
~ Assalammuailaikum ~
~ Dah Baca Entry?? ~
~ Kalau Dah Baca...Komen La Banyak-Banyak Yer ~
~ Terima Kasih ~