Showing posts with label Coretan Diariku. Show all posts
Showing posts with label Coretan Diariku. Show all posts

Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan


Innalillahiwainnailaihirrajiun...Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah...Semoga Allah merahmati Roh Baginda Dan Diletakkan Bersama Orang-Orang Yang Beriman..Al-Fatihah

* Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Perak jam 3.45 petang tadi(28/5/2014)..

* Tempoh berkabung 100 hari diumum untuk seluruh negeri perak..

* Almarhum disemayamkan di Balairong Seri , Istana Iskandariah , Kuala Kangsar...

* Almarhum akan dimakamkan Di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar...

* Rakyat boleh memberi penghormatan terakhir pada jam 11 pagi - 2 petang...

* Bendera Negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini (28 Mei 2014/Rabu) manakala Bendera Malaysia pula akan dikibarkan separuh tiang selama 7 hari sahaja. 

* Sepanjang tempoh perkabungan 7 hari tersebut semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan
 


Letih : Fizikal , Emosi , Mental

Letih dari segi fizikal , emosi dan mental...Yang paling letih sekali ialah mental..macam-macam otak kita berfikir...Kadang-kadang bila buat kerja tapi otak kita tengah fikir pasal hal lain..Orang nampak kita happy seperti biasa tapi perasaan itu penuh dengan pergolakkan...Kadang-kadang bila time orang bersembang dengan kita , tapi otak kita berfikir perkara lain..Sampai menyebabkan tidak fokus apa yang dibualkan..Saya teringatkan akan kata-kata seseorang ini, apa gunanya kita senyum diluaran tapi dalam hati penuh dengan masalah...Salah satu untuk kita lepaskan semuanya cuma ada 2 perkara jer sama ada luahkan kepada orang yang boleh kita percayai dan lagi satu ialah hanya MENANGIS...

Hidup Penuh Dengan "WHY"



Hidup kita ini terlalu banyak dengan perkataan "KENAPA" atau dalam bi nya "WHY"...Apa yang sebenarnya kita hendak dalam kehidupan ini...?? Apa yang sebenarnya kita cari dalam kehidupan kita ni...?? Jawapannya ada pada diri kita sendiri...bukan pada orang lain..Kuncinya ada pada kita.. Setiap persoalan "KENAPA" itu ada jawapannya..Mana ada persoalan  yang tanpa jawapan...

Nasibku!!

Betul kata sahabat-sahabat saya..kita ni kena jadi orang yang kuat...jangan sesekali jadi orang yang lemah...bila jadi orang yang lemah kita mudah akur dan tunduk dengan cakap orang....bila jadi orang yang lemah kita senang dipijak-pijak...bila jadi orang yang lemah kita sentiasa ditindas...bila jadi orang yang lemah kita sering ditipu dan diperdayakan...bila jadi orang yang lemah kita sering diperalatkan...bila kita lemah senang sangat orang nak buli kita....bila kita lemah senang sangat orang nak jatuhkan kita...

Bila kita kuat semua orang akur dan tunduk kita....bila kita kuat takde siapa yang berani buat jahat pada kita.....saya teringat satu pepatah jadilah seorang yang menguasai bukan dikuasai....

Selama ni saya sangat lemah...orang buat jahat pada saya , saya diam...orang memperlekehkan kemampuan saya , saya diam...orang tipu saya , saya sabar...orang pijak-pijak kepala saya , saya tak melawan....betul kata kawan saya...jangan jadi seorang yang lemah...jangan terlalu pendamkan perasaan tu nnti takut diri yang merana..betul kata kawan saya disebabkan saya asyik nak jaga perasaan orang , perasaan diri saya sendiri tak dijaga....dikala selama ni saya cuba nak memahami orang , tiada seorang pon yang nak memahami saya...dikala kita nak memuaskan hati orang , takde siapa yang dapat memuaskan hati saya....

Susahkan hidup ini..tapi saya percaya dengan takdir yang Allah berikan kepada saya...kita selalu ingat orang jahat tu jahat...orang baik tu sentiasa baik...kita kena fikir sebaik-baik manusia , ada sedikit sifat jahat dalam diri dia kecuali diri dia seorang yang beriman..dan sejahat-jahat manusia , ada sedikit kebaikan dalam diri dia...


 Lepas ni saya taknak lagi jadi seorang yang pengecut...Saya taknak takut dengan bayang-bayang saya sendiri..saya tak perlu takut dengan perkara yang tak sepatutnya saya takut.. Saya cuma perlu takut kepada Allah bukan takut dengan manusia...Kerana Allah itu Maha Kuasa.Allah tu Maha Adil...

 

Adakala Kehidupan Kita...............



Adakala kehidupan kita gembira...Adakala kehidupan kita sedih...
Adakala kita suka...Adakala kita duka...
Adakala kita tawa...Adakala kita nangis...
Adakala kita berada di atas...Adakala kita berada di bawah...
Adakala kita bangun...Adakala kita jatuh...
Adakala kita sihat...Adakala kita sakit...
Adakala kita kuat...Adakala kita lemah...

Kehidupan kita ibarat roda...seperti roda yang berpusing..ada masa ke atas, ada masa ke bawah...maknanya hidup kita tidak selalu indah...ada masa mendung,masam, pahit dan manis...

Hidup kita ini juga ibarat kanvas lukisan...Menunggu masa untuk dicoretkan dengan seribu satu warna,lakaran , coretan,gambaran,lukisan..yang pasti, apa yang sudah terlakar itu pastinya menjadi satu sejarah dan kenangan yang akan terus terpahat.. Jadi,berfikirlah sebelum 'mencoretkan' sesuatu dalam canvas hidupmu..pilihlah warna yang paling 'sesuai' agar tidak menyesal kemudiannya..Pilihlah lukisan yang paling cantik dan betul agar kita bahagia selalu bila melihat canvas yang terlakar indah...Dan ingatlah..bukan mudah untuk melakarkan sesuatu yang indah dan cantik..perlukan kesabaran, ketelitian, keringat membasah,dan banyak pengorbanan agar hasilnya kelak hasil yang baik...

Kehidupan kita ini juga ibarat kehidupan seorang perantau yang singgah di tempat persinggahannya untuk mengumpul bekalan buat perjalanannya yang masihjauh. Kita hendaklah mengambil peluang semasa kita masih sihat dan masih hidup untuk mengumpul bekalan akhirat. Sebagai seorang Muslim, kita mestilah menghargai masa dan tidak melengah-lengahkan urusan yang baik.





Samsung S7560 - My New Samsung



 My new handphone.. Samusng Galaxy Trend  - S7560.. Inilah handphone terbaru nabila.. Cantik x??? hehehehe... Sebelum nabila beli Samsung Trend nabila guna Samsung Galaxy Mini...  Pastu nabila trend in hp tu untuk beli yang baru... Pada mulanya trend in dapat 160 tetapi disebabkan nabila x bagi full barang-barang termasuk kotak, dia hanya bagi 130 ja.... emmmm .. beli mahal-mahal , trend in dapat murah...huhuhu.. Sabor jer lah....

Hp yang terbaru ni oklah.. Time nabila beli hanya ada 2 warna ja satu warna putih dan satu lagi warna seperti gambar yang atas ni... Nabila pilih untuk warna hitam ni... Nabila beli dengan harga RM 599 jer...





Salasilah Keturunan Long Kassim (Opah : Ayah)

Haji Long Kassim Bin Ngah Banja Jugra
Hajjah Asiah Bt Uda Maarof

   V
   V
 Nyah Zawiyah
 Alang Mohd Yassin

 V
 V

Hajjah Andak Pisah
Haji Mohd Tajuddin

V
V

Hajjah Alang Hamsiah (moyang opah)
Syarip Hassan

V
V

Haji Bani Hassan
Hajjah Hasiah Kulop Mohd

V
V

Mohd Hussin Zawiyah
Hajjah Puteh Sepiah Osman               

V                
V  

 Toh Pn Hajjah Fatimah
Haji Meor Yahya 



Wakaf Hj Long Kassim Mekah


Latar Belakang(sejarah)


Nama Penuh : Hj Long Mohd Kassim Bin Ngah Banja Jugra Bin Pandak Maon Bin Panglima Kinta Ngah Sudin Bin Panglima Kinta Tok Paloh..Meninggal dunia pada tahun 1912 di ipoh dan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Paloh Ipoh...Nama Isteri : Hajjah Asiah Bt Ud Maarof

Anak-anak - 6 orang (4 perempuan & 2 lelaki) : Ngah Zawiyah ,  Hajjah Andak Pisah ,  Hajjah Alang Hamsiah , Haji Bani Hassan , Mohd Hussin ,  Toh Puan Hajjah Fatimah

Menantu - 7 orang (4 lelaki & 3 perempuan) : Alang Mohd Yassin ,  Hj Mohd Tajuddin ,  Syarip Hassan ,  Hj Meor Yahya ,  Hajjah Hasiah Kulop Mohd , Pn Zawiyah dan Hajjah Puteh Sepiah Osman

Harta Peninggalan (Wakaf) :

Sebidang tanah dan sebuah bangunan 3 tingkat di Hoshbishi Jiad, Mekah(Kawasan Masjidil Haram) telah diambil alih oleh kerajaan Saudi Arabia pada tahun  1981 kerana projek mebesar jalan raya dan pembangunan di sekitar kawasan masjidil haram...Atas usaha sahabat karib allahyarham long kassim iaitu mohammad rodzi bin mat tamat seorang yang berasal dari tambun,perak tetapi  menetap dimekah dan menjadi warga negara saudi arabia, pihak kerajaan saudi arabia membayar pampasan keatas tanah tersebut...dengan wang pampasan yang diperolehi dari kerajaan saudi arabia dan juga dengan usaha Tn Hj Mohamad Rodzi setelah mendapat persetujuan dari waris long kassim maka beliau telah membeli sebidang tanah di kawasan aziziah di jabal thor serta mendirikan bangunan 4 tingkat..Lebihan wang itu diserahkan kepada waris long kassim melalui bendahari jawatankuasa wakaf long kassim iaitu Tn Hj Ahmad Taufik B Abd Rahim...Bangunan tersebut kini disewakan..... 


Faedah-Faedah Kebajikan :

1) Kematian - Rm 300

2) Sakit/Kemalangan - Rm 200

3) Kelahiran - Rm 100

4) Mengerjakan Umrah - setiap 2 atau 3 tahun sekali mengikut kemampuan kewangan tabung kebajikan

kuota   : 2 orang dari setiap waris







Salasilah Keturunan Pandak Pandang (Atuk : Mama)



Pandak Mat Shah

Pandak Pandang : Isteri

Anak - Anak

1. Kulup Sareh : Alang Milah (Isteri)

2. Ngah Hamid : Nuteh (Isteri)

3. Alang Musit : Long Kiah ( Isteri Pertama )  & Uteh (Isteri Kedua) - My Moyang

4. Mat Jusi : Alang Tipah (Isteri Pertama) & Puteh (Isteri Kedua)

5. Pandak Arifin : Teh Meja (Isteri)

6. Itam Jasi : Itam Sofiah (Isteri)

7. Teh Tunggal : Alang Jusuh (Suami)    

8. Abd Rashid : Teh Kalsum (Isteri)


Cucu-Cucu

1. Long & Ngah Bunut

2. Teh Tepo & Pandak Yatim

3. Ropeah , Yah Bidan , Andak , Mohd Ali Piah , Puteh Kamilah - (Isteri Pertama)  
    Ibrahim , Jawirah , Talib Ali , Insah - (Isteri Kedua) 

4. Long Sareah , Teah , Ahmad , Sariah - (Isteri Pertama)
    Din , Hussin , Abd Rahim , Kalsum - (Isteri Kedua) 

5. Kulup Mat Lana , Kenap , Sharipah , Pandak Yaakup , Jenab , Puteh Rahmah

6. Kulup Nordin , Bahaudin , Mat Din , Mohd Dawi

7. Abd Rahman , Baayah , Rokiah , Ibrahim , Fatimah , Mansiah

8. Arpah , Hussin , Yahya , Zainab , Zamiah , Mashitah 

Semalam Tengok Wayang



Assalammuailaikum blogger-blogger semua..Selamat pagi..Dah Sarapan ke belum ni?? Nabila belum sarapan lagi..Nak tulis entry baru sarapan..hehe..Semalam kan (12/3/2013) nabila tengok wayang.... Dalam sehari 2 kali tengok wayang semalam... Tengahari semalam nabila tengok cerita Oz The Great And Powerful...Malam pulak tengok cerita Lawak Ke Der 2 ?... Oz The Great And Powerful nabila tengok kat TGV AEON Station 18 Ipoh...Harga tiket mahal sikitlah RM 14.00 (mahal giler)..Sebenarnya citer ini ada dalam bentuk 3D..Tapi nabila ambil yang biasalah..3D mahal... RM 21.00.. Citer Lawak Ker Der 2? nabila tengok kat Ipoh Parade...Harga tiket hanya RM 7.00 sahaja.. Minggu depan ingat nak tengok Amukan Azazil tapi sepupu-sepupu nabila takut tengok citer seram-seram...hehehe....Sesiapa yang tak tengok lagi citer-citer yang nabila tengok semalam , korang boleh tengok trailer kedua-dua citer yang nabila tengok semalam...Oklah nabila nak cau dulu...daaaaaaa







 




Ragam Sebelum PRU & Selepas PRU


Semakin nak dekat dengan PRU semakin banyak posting-posting di FB atau BLOG melibatkan Politik....Banyak kategori orang yang post pasal politik ni sebagai contoh

kategori 1) Ali seorang ahli parti A telah menulis di status di fbnya atau blognya pasal parti B...Apek seorang ahli parti B telah menulis di status di fbnya atau blognya pasal parti A..

ketegori 2) Ali seorang ahli parti A telah menulis di status di fbnya atau blognya pasal partinya sendiri....Apek seorang ahli parti B telah menulis di status di fbnya atau blognya pasal partinya sendiri...

kalau kategori 1) tu kalau tulis pasal parti lawan tu korang mesti tahu dia menulis macamana kan pasal parti lawan...

kalau kategori 2) tu kalau tulis pasal parti sendiri tu korang mesti tahu dia menulis macamana kan pasal parti dia sendiri...

Hehehe...terlebih mengkaji pasal wall orang yang selalu posting berkaitan politik...kebanyakannya yang banyak kategori A.....hehehehe..

Persoalan demi persoalan yang bermain di otak ini :
 

* rasa-rasanya kan kalau PRU nanti kawan boleh jadi lawan tak dan sedara mara boleh jadi lawan x (jangan ingat dalam family sama ja bendera...ada juga yang lain bendera)....Di sini ada beberapa contoh... Contohnya ialah sepanjang di fb yang si Ali ni parti A dia ada berkawan dengan orang parti B....Hubungan mereka sepanjang di FB ni memang baik sesangat..takda gaduh-gaduh...malah hubungan mereka sangat erat dan dah macam family pon ada...Dah keluar sama-sama , jalan sama-sama dan lain-lain lagi..tapi nanti PRU nanti agak-agaknya bagaimana hubungan mereka sebab mereka mesti mempertahankan parti masing-masing???????? Begitu dengan sedara mara sendiri bagaimana hubungan mereka bila tibanya PRU nanti?? 

Banyak kategori jawapan untuk menjawab persoalan-persoalan ini...

Kategori 1) hubungan mereka tetap baik walaupon hari PRU dan selepas PRU nanti...

Kategori 2) hubungan jadi keruh bila tibanya PRU nanti kemudian selepas PRU hubungan jadi baik balik..

Kategori 3) hubungan jadi keruh bila tibanya PRU dan selepas PRU..

P/s : macam-macam boleh berlaku kan bila tibanya PRU dan selepas PRU kan..kalau sebelum PRU dah macam-macam berlaku inikan semasa PRU...lagilah bermacam-macam yang berlaku....mungkin Allah ingin menguji sejauh mana perhubungan sesama manusia....Wallahualam....sekian terima kasih....

Panas Baran Or Pemarah


Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri. Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.Perlu difahami, panas baran bukan sifat semula jadi malah, bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri. Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran iaitu :

1. Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan

Jika anda tahu pasangan anda mempunyai sikap panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahannya. Cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan. Bagi anda yang panas baran, jika bertembung dengan situasi yang boleh menimbulkan baran anda, segera jauhkan diri anda daripada keadaan tersebut dan carilah masa yang sesuai untuk bertenang.

2. Mendiamkan diri ketika marah

Panas baran bermula dengan tindakan demi tindakan. Cara terbaik untuk mengurangkan sikap panas baran anda adalah dengan mendiamkan diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Apabila anda berjaya menghayati sikap berdiam diri ketika marah, secara tidak langsung anda berusaha menghilangkan sikap panas baran anda sedikit demi sedikit.

3. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.

Jika sebelum ini anda terbiasa memekik atau bertindak garang ketika marah, usahakan untuk meluahkan rasa marah anda secara positif dan terhormat agar anda lebih dihormati. Perlahankan suara, bercakap menggunakan perkataan yang tidak menyakitkan orang lain dan elakkan daripada bertindak secara fizikal.
.

4. Luah pada masa dan tempat sesuai

Emosi marah yang tidak terkawal juga berpunca daripada perasaan yang dipendam. Ledakannya ibarat gunung berapi pendam yang mungkin meletus bila-bila masa tanpa amaran. Lantas, sentiasa luahkan emosi malah apa jua masalah yang anda alami bertepatan pada masa dan tempatnya. Tindakan ini akan dapat mengurangkan tekanan anda seterusnya mengurangkan sikap panas baran anda.
.

5. Bawa bertenang

Anda perlu sentiasa belajar mengawal diri dengan bertenang dalam menghadapi apa juga keadaan dan situasi yang menggugat kesabaran anda. Praktikkan untuk menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Jika anda Muslim, beristighfarlah kerana dengan beristighfar anda akan tahu anda adalah hamba-Nya dan jika Allah mampu mengampunkan hamba-Nya, kenapa tidak anda? Memaafkan orang lain dapat mengelakkan panas baran.

6. Senyum

Nampak macam satu perkara mudah tetapi percayalah, senyuman mampu meredakan tekanan. Praktikkan untuk sentiasa melakarkan senyuman tanpa mengira masa dan keadaan. Senyuman yang sentiasa terukir di bibir menjadi satu penawar kepada kemarahan dan sikap panas baran anda.

7. Berzikir

Untuk Muslim, saya menyarankan anda untuk sentiasa mengamalkan zikir-zikir bagi mengingati Allah. Ucapkanlah zikir Sayidatina Fatimah iaitu “Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akbar.” Sentiasa lafazkan zikir ini, insya-Allah akan dapat membantu meringankan tekanan hidup anda sekali gus mengelakkan sikap panas baran anda berleluasa.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi – Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk – Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

P/s : Actually semua orang ada sifat pemarah ini...Cuma perbezaannya samada kita boleh kawal atau tidak kemarahan itu...Macam nabila kalau nabila marah InsyaAllah boleh kawal...Kalau nabila marah nabila banyak berdiam diri n buat muka serius..Cuma orang janganlah cari pasal time nabila marah contohnya jangan suka bertanya berulang kali sedangkan kita dah jawab pon awal-awal...ini pantang bagi nabila..hehe..time marah janganlah bercakap dengan nabila takut nanti nabila lepaskan kemarahan kat dia...Bagi reda dulu kemarahan nak tanya apapon tanyalah nanti...kalau tanya semasa tengah marah memang kena la...pastu jangan suka nak menangkan diri..jangan suka nak orang dengar pendapat dia ja, pendapat kita dia buat tak tau.....itu jer la kelemahan nabila yang nabila ada...ok lah thats all for today..daaaaa

Petugas Pilihanraya Yang Ke-13

Assalammuailaikum...pergh...baru balik dari Bengkel Sistem Operasi Hari Mengundi...Starting bengkel tadi dari pukul 2-6 lebih jugak lah tadi..Takpe last-last ada makan..hehehe..Hari ini diberi tunjuk ajar install dan key in data..Hari ini juga di beritahu di mana kita akan bertugas....Untuk sebelum pilihanraya dan pilihanraya yang tak lama lagi InsyaAllah nabila diberi 2 tugas..Tugas yang pertama ialah di unit  IT di bilik gerakan cawangan kuala pari...Tugasan kedua pulak ialah bertugas unit IT di kawasan mengundi iaitu di HOUSING TRUST (maybe kat jalan kampar kot..)....Sepanjang sebelum pilihanraya InsyaAllah nabila akan berada di bilik gerakan kuala pari dan semasa pilihanraya terpaksa berada di HOUSING TRUST....emmmm..takutnya nak pilihanraya ni....

Ahlan Wa Sahlan 2013

* Semperna tahun baru ini saya menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya saya ada kesalahan dari segi percakapan , perbuatan & penulisan sepanjang di blog ini atau diluar blog...

* Semoga 2013 ini dapat menyinari hidup kita untuk selalu beribadah kepada Allah S.W.T

* Sucikan jiwa , murnikan hati mari mengucapkan bismillah untuk pertama kalinya menapak tahun 2013...

* Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah..

* Lupakan segala duka yang terjadi pada diri kita pada tahun 2012 dan simpanlah yang manis sebagai kenangan yang terindah sepanjang 2012...

* Memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih berguna , cemerlang , gemilang dan terbilang kepada negara , agama dan ibu bapa..

* Lupakan segala persengketaan dan pergaduhan sesama manusia dan bina hubungan yang baik dan erat sesama manusia...

* Mulakan azam dan semangat yang baru..

* Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup Anda dan cahaya jalan Anda melalui Tahun Baru

Menyiapkan Kain Kapan

Assalamualaikum wbt..Dimaklumkan bahawa Ibu kpd Tn. Hj. Abd. Latib (Ketua Kmpg K. Pari) telah kembali Ke Rahmatullah lbh kurang jam 4 ptg semalam. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Pari jam 11 pagi ini. Semoga Allayarhamah ditempatkan dikalangan dgn Org2 yg Beriman.AL-FATIHAH.



Lunch : Nellis Deli



Assalammuailaikum...Korang dah Lunch ke?? Nabila baru jer lepas lunch...Hari ini nabila lunch kat luar dengan ayah..Nabila lunch kat Restoran Nelli's Deli....Hari ni nabila makan lunch set : Nasi Putih + Ayam Sambal + Sayur Campur..Minuman pulak seperti biasa nabila minum limau ais....


Lepas nabila makan nasi..makan cucur udang..nyum nyum...rangup sih..hehe....


Harganya boleh tahan juga la..nak kata mahal x mahal..nak kata murah x murah.....ok jer harganya...Tapi bagi nabila biar mahal asalkan sedapppp....Selama nabila makan kat kedai ni, memang sedap sampai menjilat jari..hehehe...nyummy nyummy....

Empat Jenis Pemarah


Assalammuailaikum,

kenali empat jenis pemarah :

orang yang cepat marahnya.tapi lambat redanya.
orang yang lambat marahnya.dan lambat pula redanya.
orang yang cepat marahnya.cepat pula redanya.
orang yang lambat marahnya tapi cepat redanya.


Nak Tanya Kategori Korang Marah Yang Mana??

Doa Nabi Yusuf



Assalammuailaikum semua blogger...

Hari ini entry nabila berkenaan dengan Doa Nabi Yusuf..Doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha...Sesiapa pon boleh cuba membaca doa ini..Mungkin kerinduaan korang akan sampai kepadanya walaupon dari jauh dan dalam diam...Kalau korang mencintai seseorang dalam diam pon korang boleh juga amalkan doa ini.....InsyaAllah...

Ini dia doanya :

" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "

Kenangan Tingkatan 4 2005



SMK Convent Ipoh..Tahun 2005..Tingkatan 4 Lily..Sweet Memory..With My Luvly Teacher Cik Latizah Tan Kofli....

Belajar Photoshop

Assalammuailaikum...apa khabar semua?? hehe... hari ni kan nabila sehari suntuk mengadap laptop......Pagi tadi ada download CS5...itu yang godek-godek CS5 tu...Tapi yang masalahnya....laptop ni suka hang......terpaksa ulang balik edit gambar...hang...edit semula...hang..edit semula..last-last....bila nabila edit tu dah siap sikit save....haha...pastu bila hang xde la berkali2 duk edit..Buang masa ja..tapi yang kelakornya ingatkan bila dah save tu boleh edit balik..rupanya tidak..kesilapan nabila juga sebab save dalam bentuk png...sepatutnya save la dalam bentuk photoshop...emmm takpe la..hahaha... Hasil nabila edit hari ni nabila dh buat sebagai header blog ni..cer tengok header nabila..lawa tak..cuma yer la..ingat kan nak lawa nak cantikkan lagi sikit..tapi ada masalah lain pulak yang timbul.....ish ish ish...hehehe

Photo Contest : Be Yourself ! by Hanna Nabiella

Assalammuailaikum...

First Time Join Contest...Mana Tahu Ada Rezeki Untuk Menang Ke...InsyaAllah...




Ini Gambar Yang Saya Nak Bubuh..Ok ke?? hehehe


Hargailah  keindahan alam semula jadi yang dicipta oleh Allah dan dengan nikmati keindahan ciptaan Allah dapat menenangkan jiwa dan merehatkan minda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...