Amir Mukhlis
adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan
dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan
antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan
atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham
asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan
memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar
nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya
amat tinggi terhadap pelajaran.
Wardah
pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya
mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang
materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu
Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang
kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan
wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama.
Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan
bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu,
beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi
tauladan kepada keluarganya.
Dari konflik keluarga itu membuatkan
Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat
sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir
membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil
langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di
sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian
Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan
respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan
status penghafaz al-Quran.
Dalam diam, Amir menghormati Wardah
dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah
Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan
peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi
remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir
menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian,
namun Amir tetap menggantung jawapan.
Amir pernah memberitahu
kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung
dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah,
Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti
itu tidak mampu meyakinkan Wardah.
Beberapa minggu sebelum Amir
ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia
terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar
itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang
luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan
sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika
sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang
tekun akan menyedarinya)
Beberapa tahun Wardah menggantung
harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun
begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki
ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke
Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk
sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah
pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.
Bapanya
memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini
Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar
serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi
bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa.
Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar.
Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.
Sebaik menerima berita
perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam
dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa
itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir
mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah
kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak
meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk
bersikap dengan lebih matang dan rasional.
Sewaktu Amir sedang
meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan
yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah
silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi
seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras,
dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan
ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di
maahad dahulu.
Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita
untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan
menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan
mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis
catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain.
Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang
terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan.
Khususnya bidang seni serta penulisan.
Beberapa tahun berlalu dan
pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti
Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan
Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah
menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang
baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber
inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa
insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu
menyelesaikan kesemua masalah itu.
Dalam diam, Balqis meminati
Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip
diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu
menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar
agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri
sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau
pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan
baru dalam dirinya terhadap Balqis.
Amir pernah menyelamatkan
Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan
semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi,
semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar
memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya
mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali
dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.
Satu
eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir,
Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku
satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan
perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang
pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru
tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung
di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima
Balqis dengan baik.
Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir,
Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap
tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.
Hasrat
Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak
mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu
sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis
menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia
mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan
terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai
perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham
telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir
ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis,
tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.
Amir perlu membuatkan
keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan
menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan
pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia
memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan
hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru
mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir
menjalani pembedahan.
Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa
selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan
orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi
untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh
antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal
dengan kebodohan sikapnya.
Amir menjalani pembedahan. Dia
selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat
keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan
berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir
sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.
Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.
Sekian.
SUMBER : A. UBAIDILLAH ALIAS
smat!suka jalan cerita novel ni...hihi
ReplyDeletehehe...drama dia pon ada tau...nanti cari kat youtube warkah cinta..ada 12 episod...
Deletebest sangat jalan cerita nie :) terpikat pulak dgn warkah cinta berbau syurga huhu . memang the best
ReplyDeletehehe...drama dia pon ada tau...nanti cari kat youtube warkah cinta..ada 12 episod...
Delete